Dia Tu Cerdik
Saya tidak pasti apakah kenyataan itu benar atau provokasi untuk menambahkanlagi masalah dalam otak saya.kalau lima tahun lalu saya kena perah otak memikirkan tentang kalimah 'sapa dia tu',buat kali keduanya,sekali lagi di paksa pula fikir tentang kalimah 'dia tu cerdik'.Mana ada orang bodoh boleh jadi senator tentu orang-orang lebih bodoh dari yang bodoh.Biasanya orang yang bodoh ini,amat mudah diperbodohkan.
Orang yang mendapat benih,lalu di semai,di tanam, di bajakan,dibersihkan kawasan pokok dari semak samun dan akhirnya pokok membesar mengeluarkan bunga dan buah,tentulah di katakan'dia tu cerdik'.Kecerdikannya itu akan lebih terserlah andainya dengan buah itu selain dimakan,di jual untuk tambah ekonomi.Setelah itu dimanfaatkan rezekinya,untuk amal jariah samada fakir meskin dan anak yatim.Saya pernah bertemu dengan insan yang dikatakan cerdik begini.Mulanya saya hairan,kenapa apabila pengujung pergi kedusun Duriannya ,dia jamu makan,tetapi di larangnya bawa keluar biji Durian itu.Menjadi tanda tanya,apakah dia tidak mahu benih duriannya yang baka baik itu di ambil orang.
Bila di minta komen,dia kata itu bukan matlamatnya.Jelasnya,jika dia jual buah durian,sebiji mungkin dia dapat dalam lingkungan lima ringgit sahaja.Sebaliknya bila di menjual anak benih durian paling kurang tiga ringgit sepokok.Sekiranya dalam buah durian ada sepuluh biji,bermakna dia dapata sepuluh anak benih yang apabila dijual dia dapat tiga puluh ringgit untuk sebiji buah durian tadi.
Dengan sebiji buah durian itu dia mendapat dua faedah.Pertama menjamu orang makan secara percuma dan kedua dapat hasil berganda dari biji-biji benih tersebut.Inilah apa yang dikatakan'dia tu cerdik'.
Ada orang yang di katakan cerdik,apabila dia mendapat satu kebun buah yang mengeluarkan bunga ,tidak pandai nak urusnya.Akhirnya pohon yang sudah berbuah itu tidak mengeluarkan hasil yang baik.kerana tidak dipelihara semak samunnya.Dia sendiri sukar memetik buah kerana keadaan semak itu.Lebih banyak buah menjadi makanan burung,musang dan tupai.Sebagai jalan mudah akhirnya kebun itu dijual dengan harga murah,sebab kebun itu dia dapat dengan cara percuma.Hasil jual tanah dibeli kereta baru.Berpoya-poya kesana sini agar orang boleh sebut OKB(orang kaya baru).Padahal dia lupa yang dia itu'orang kepala bodoh',bagai kera diberi bunga atau bagai si kudung mendapat cicin'.Inilah yang berlaku kepada KOMID (Koprasi Madrasah Islahian Diniah),kepada Bengkel Jahitan Memali.
Apakah cerdik yang disebut oleh bos SB terhadap Yusuf Husin itu cerdik seperti seorang profesor,para doktor,para peguam,para pensyarah,para arkitek atau sebagainya.Yusuf Husian pernah membuat kenyataan dalam Harakah 19-21 December 2008,bahawa senator senior memanggilnya'YB Profesor'kerana kehebatanya berhujah,Ustaz Azizan MB kedah,pernah mengiktiraf Yusuf Husin sebagai 'arkitek Pas Kedah'sebaik saja pas menguasi Kedah dalam PRU12 yang lalu.Tetapi ini pangilan dan pujian dari orang politik.Orang politik,biasanya terikat dengan kepentingan.Memuji pun ada sebab.Cerdik orang politik tidak sama dengan profesional.
Para profesional mendaki kejayaan samada kuasa atau pangkat dengan kecerdikan ilmu melalui ijazah masing-masing,samada BA,MA atau PhD.Tetapi orang politik boleh berjaya,berkuasa atau mengejar pengkat tanpa sijil atau ijazah.Asalkan dia licik menyusur licin macam belut.Maka lebih tepat orang-orang begini di katakan licik,bukannya cerdik'.Pendedahan-pendedahan seterusnya sebagai gambaran,yang dapat pembaca membuat penilian sendiri samada apa yang dikatakan oleh bos SB itu. ' dia tu cerdik' atau bersetuju dengan saya dia tu licik'.
Persoalan yang sering diajaukan pada saya adalah tentang kenapa Yusuf Husin tidak mahu lepas jawatan di Madrasah Islahiah Diniah,setelah memegan jawatan penting dalam parti di peringkat negeri.Satu soalan yang hampir sama dengan apa yang pernah ditanya oleh SB tentang perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir.Mereka hairan kerana Tun Mahathir masih aktif selepas letak jawatanya,Sya mengatakan,Tun bukan mahu letak jawatan,tetapi di minta oleh pihak tertentu agar dia kena berkorban meletak jawatan.Jika tidak berbuat begitu,beberapa negeri akan terlepas pada pembangkang.Kenyakainan rakyat pada Tun semakin pudar.,memberi kesan pada senario politik tanah air.
Atas nasihat pihak tertentu inilah,Tun terpaksa melepaskan jawatan dengan mencipta alasan hadapi masalah kesihatan..SB berkenaan bersetuju dengan andaian saya itu,tapi ingin tahu siapa pihak tertentu yang dimaksudkan suruh Tun letak jawatan.
Terkejut dia bila saya katakan pihak merekalah yang menyuruh Tun letak jawatan.Dia tidak menafikan bila saya katakan ini kerja bahagian keselamatan dalam negeri,Mereka tidak mahu Kelantan,Terengganu,Kedah,Perlis dan Perak jatuh kepada tangan Pas dan Pulau Pinang pada DAP
Sebab itu bila Pak Lah ganti Tun,di minta ia membawa pendekatan baru yang boleh menambat hati orang Melayu Islam.
Itulah timbulnya Islam Hadari bak tongkat Nabi Musa yang menelan ular-ular tukang sihir.Bukan sahaja pembangkang tak menguasai negeri yang di idam,malah Pas hilang terengganu dan banyak lagi kerusi parlimen di seluruh negara.Inilah kenapa setengah pihak meragui percaturan politik negara ini,hingga yang mengatakan Malaysia ini sebagai'negara polis' '.Berbetulan jugalah dengan apa yang pernah di sebut oleh Yusuf Husin,pihak SB mampu menentukan jawatan apa saja yang dia mahu dalam parti,asalkan dia sanggup berkerjasama.Demikian juga apa yang berlaku di Perak.Lihat bagaimana campur tangan pihak polis sehingga sanggup mencemar diri dalam Dewan Negeri.Apa lagi dengan isu ISA.
Yusuf Husin akan tetap kekal di Memali kerana dia mempunyai tugas.Sebagai orang kanan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,dia sepetutnya perlu memastikan Madrasah Islahiah Diniahsentiasa maju.Maju dan terus maju.Saya menguruskan KOMID(Kopersasi Madrasah Islahiah Diniah dalam tempoh dua tahun,dapat mengumpul dana hampir dua puluh ribu ringgit.Dengan jumlah itu tidak bermasalah untuk KOMID membiyayai sebulan lima ratus ringgit setiap kaki tangan.Dapat guru-guru menikmati sekurang-sekurang seribu atau lebih sebulan,setelah digabungkan gaji sedia ada dari Madrasah Islahian Diniah.
Kenapa Yusuf Husin tidak memikirkan hal ini dengan begitu mudah menutup KOMID .Lebih menyayat lagi mulai tahun 2009,Madrasah Islahiah Diniah memberhentikan tukang kebun sekolah dengan alasan tidak cukup duit.Sampai hati dia melihat guru-gurunya yang telah 29 tahun lebih berkhidmat di Madrasah Islahiah Diniah.,menerima sekadar Lima Ratus ringgit sahaja.Tugas-tuga pekerja itu diambil alih oleh guru dan pelajar.
Hari ini,pelajar tinggal 160 orang dengan lapan kelas saja lagi,termasuk dua kelas Pasti.pelajar asrama perempuan ada sebelas orang dan empat orang lelaki,jumlah lima belas orang sahaja.Dengan jumlah ini,wang masuk sudah tentu kurang,sumbangan peribadi waris seperti zakat ,fidyah,sijil tilawah dan lain-lain derma hilang separuh.Memandangkan bangunan baru tiga tingkat tidak operasi kerana tidak ada pelajar.Yusuf Husin selaku Pengerusi Lembaga Tadbir mencadangkan tingkat tiga bangunan itu di jadikan tempat memelihara burung Walid(layang-layang).Jawatankuasa bersetuju dengan cadangan itu.
Bangunan ini di dirikan semasa tengah berlaku krisis atas isu repot.Sokongan padu Ustaz Fadzil Nor kepada Yusuf Husin tersebar melalui berita-berita dalam Harakah.sekali lagi timbul simpati yang tinggi ahli Pas pada Madrasah Islahiah Diniah.Dengan itu,mencurahlah wang yang tiba untuk mendirikan bangunan baru tiga tingkat ini.Kerana iklan yang disiarkan menyebut untuk tampong kos kekurangan bilik darjah,dewan solat dan sebagainya.Orang ramai sumbang,atas dasar pembangunan insan berteraskan perjuangan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Tidak pula disebut dalam iklan itu untuk pertanian,penternakan dan sebagainya.Tiba-tiba Yusuf Husin sampai hati untuk menghancurkan niat suci para penyumbang dengan cuba mengantikan manusia dengan haiwan .
Tindakan Yusuf Husin menutup KOMID(Koperasi Madrasah Islahiah Diniah) mendatangkan masalah kewangan yang serius,bukan sahaja pada kakitangan Madrasah Islahiah Diniah,juga kepada Madrasah Islahiah Diniah Sendiri.Demikian juga nasib balu-balu dan lain-lain pekerja Bangkel Jahitan Memali(BJM)Sewaktu saya tinggal bangkel itu pada 1996,wang tunai dan aset yang ada lebih dari enam puluh ribu.Tetapi maklumat yang diberikan oleh Yusuf Husin kepada Ustaz Fadzil Nor bahawa saya telah menyebabkan kerugian serta meninggalkan hutang yang banyak. Ucapan Ustaz Fadzil Nor dalam majlis di Memali mengatakan saya membawa lari wang Bangkel Jahitan lebih lima puluh ribu ringgit.
Sedangkan dalam satu surat kepada pengurus Bangkel Jahitan Memali selepas saya,saudara Isham Bakar bertarikh 29 Sept 1997 dengan jelas dia menyebut'saya berikan kepada saudara dengan menyerahkan wang tunaikan,buku cek barangan setok,(peninggalan cikgu Non) yang kesemuanya bernilai lebih dari RM30,000.00.
Lihatlah betapa kejinya Yusuf Husin menghasut Ustaz Fadzil Nor yang saya meninggalkan hutang yang banyak dengan menyebunyikan ke untungan sebenar dari modal RM25,000.00 di peruntukan pada saya.Mengapa Yusuf Husin suka sangat mengheret pimpinan samada di kawasan mahupun negeri dalam melindungi kerja-kerja jahatnya.' membaling batu sembunyi tangan'.Tidak mahu mengaku yang dia berniat tidak baik dan tidak mampu menyambung kejayaan yang telah dibina..Langsung tidak perihatin dengan nasib balu-balu dan pekerja Bangkel Jahitan Memali yang hilang pendapatan hasil tindakannya menutup dan menjual peralatan bangkel.
Mengkhianati,memfitnahdan menjatuhkan orang-orang yang pernah dianggap kawan rapat dan orang-orang yang pernah berjasa padanya atau Madrasah Islahiah Diniah telah menjadi lumrah kepada Yusuf Husin.Setelah berlakunya tragedi Memali,boleh dikatakan Kg Memali atau nama asalnya'Kg . Mali keadaan seperti dilangar garuda. Hampir 90% penduduknya ditangkap dan kampong itu di kenakan perintah berkurung.Apbila keadaannya agak reda,Madrasah Islahiah Diniah pun boleh operasi semula pengajiannya,seorang Ustaz dari bukit Pinang Kepala Batas,Kedah di bawa untuk menguruskan Madrasah Islahiah Diniah pada awal tahun 1986.
Ketika ini Madrasah Islahiah Diniah di pantau oleh Pas Kedah,Peribadi ustaz ini amat di senangi oleh orang kampong dan juga waris serta pelajar.Madrasah Islahiah Diniah berjalan dengan tenang di bawah kendalian ustaz berkenaan.Julai 1986 tahanan Kamunting di bebaskan.Peringkat awalnya Yusuf Husin tidak menumpukan pada Madrasah Islahiah,kerana dia sibuk dengan ceramah di merata tempat.Setelah masanya dapat di tumpukan pada Madrasah Islahiah Diniah Yusuf Husin mula memainkan peranan menyingkirkan ustaz dari Bukit Pinang itu.Dia dapat kesan satu pegangan ustaz itu yang tidak dapat di terima oleh penduduk Memali dan juga Lembaga Tadbir.Dia mendapati ustaz ini tidak membaca doa qunut semasa menjadi imam solat subuh.
Maka.Yusuf Husin menghasut Lembaga Tadbir membuang Ustaz ini dari Madrasah Islahiah Diniah dengan alasan bimbang fahaman wahbi di sebarkan pada pelajar.Tanpa dipanggil,tanpa berbincang,akhirnya ustaz berkenaan di paksa meninggal Memali.Yusuf Husin yang di arah memaklumkan keputusan mesyuarat,selepas Asar dengan ditemani oleh saudara Khotub pergi kerumah ustaz berkenaan.Sebaik saja pintu di buka,Yusuf Husin berkata'anta bila lagi nak keluaq'.Bahasa dan nada suara Yusuf Husin itu sudah cukup untuk ustaz itu faham yang dia diminta segera meninggalkan Kg.Memali.Sebelum ini pun dah beberapa kali dia di minta keluar,tetapi bukan dari keputusan mesyuarat.Selepas maghrib malam itu,Ustaz Razak meninggalkan Kg.Memali tanpa di pedulikan oleh orang Kampong.
Beberapa orang saja yang datang membantunya mengangkat barang ke dalam lori,yang ketika itu hujan sedang turun.Lain-lainnya cuma jadi penonton dari jauh.Hanya Pak Lang Murah,Saad Hj Salim dan sorang dua lagi menghulur salam perpisahan yang penuh tragis itu.Begitulah kejayaan Yusuf Husin memupuk kebencian orang kampung terhadap Ustaz Razak yang merupakan mangsa pertama Yusuf Husin.Dengan ketiadaan Ustaz Razak itu,Yusuf Husin memainkan peranan utama di Madrasah Islahiah Diniah.Masa itu dia di sanjung,dipuja oleh orang kampung.Hanya itulah orang hebat yang ada dikalangan mereka.Ustaz Razak kini banyak menghabiskan masanya sebagai pemandu teksi di Shahab Perdana ,Alor Setar
Operasi Lalang 1987,sekali lagi Yusuf Husin merengkok di KEMTA hampir dua tahun.Sepanjang ketiadaannya,Urusan Madrasah Islahiah Diniah di kendalikan oleh Sobri Awang.Aktivis Pemuda Pas Pendang yang pendiam tetapi gigih bekerja.Kebetulan berkahwin dengan gadis di Kampung Charok Putih yang tidak jauh dari rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Bapa mertuanya seorang peniaga kedai runcit.Sepanjang bertugas di Madrasah Islahiah Diniah,saudara Sobri tinggal bersama bapa mertuanya.Sokongan dari orang kampong dan waris sangat baik.Selain Kedah ,pelajar-pelajar juga datang dari Perak,Perlis,Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Setelah dua tahun,Yusuf Husin dibebaskan dari tahanan ISA,menyambung semula tugasnya di Madrasah Islahiah Diniah bersama-sama Sobri.Jiwanya kurang senang berkongsi tugas,dia mula mencari kelemahan Sobri untuk di canangkan.Di war-warkan yang Sobri gagal meneruskan kerja-kerja pembinaan baru yang dia tinggalkan dulu.Tiang dan besi-besi untuk pembinaan seperti tidak terurus.Dia juga mendedahkan yang Sobri banyak menggunakan wang Madrasah Islahiah Diniah untuk membantu perniagaan bapa mertuanya.Sebagai bukti,dia menunjukkan salinan cek yang dikeluarkan oleh Sobri pada bapa mertuanya.Padanya Sobri tidak mampu mentadbir Madrasah Islahiah Diniah dan kurang amanah.
Seperti di sebut,Sobri seorang yang pendiam,tidak suka kepada perbalahan.Walaupun dia tahu gossip tentang dirinya sedang di mainkan,dia tidak memberi apa-apa respon.Dia sedar yang Yusuf Husin tidak suka padanya.Dengan itu secara senyap-senyap Sobri membuat keputusan pulang ke kampongnya di Pendang,tanpa memberi thau sesiapa,kecuali keluarga mentuanya.Itulah Sobri Awang.mangsa kedua Yusuf Husin.Pun begitu Sobri tidak pernah mendendami Yusuf Husin.Mereka akhirnya sama-sama berkhidmat di bawah JPN Negeri hingga sekarang,2010.Pada PRU 12 yang lalu,Sobri menjadi calon Pas ADUN Sg.Tiang,tetapi tewas kepada BN.
Demikianlah nasib orang luar yang cuba berbakti pada Madrasah Islahiah Diniah.Begitulah juga yang cuba dilakukan terhadap saya.Berjaya menyingkirkan saya dari Madrasah Islahiah Diniah,tetapi tidak di Kg.Memali.Namun kerjaya saya di Madrasah Islahiah Diniah untuk membantu keluarga Syuhada juga dapat di eksploitasi dengan begitu halus.Perjuangan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya mendidik atau menterbiah para mujahid.Dimana pelajar-pelajar dari madrasah yang dibinanya itu,adalah tentera-tentera Allah yang tidak takut pada mati.Apalagi untuk tajut kepada manusia.
BERSAMBUNG SIRI 34
Klik Sumber:
MEDIA SHAH ALAM