MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 14 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 14

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 14


Yusuf Husin memang licik dalam menyalamatkan diri.Sepatutnya
setiap surat begitu akan ditandatangani oleh SU Kawasan,tetapi laporan
keputusan mesyuarat kawasan ini telah ditandatangani oleh Timbalan Yang di
Pertua Kawasan,Ustaz Abdullah Shaari.Yusuf Husin tentu faham,bila hal ini jadi
isu,saya tak akan berdiam diri.Sebagai langkah awal agar dia tidak
dipersalahkan,digunakan timbalan YDP.Pada awalnya pihak pengurusan Harakah
tidak berminat untuk menyiarkan isu saya ini seperti di kehendaki oleh  kawasan.Yusuf Husin telah menggunakan
pengaruh allahyarham Ustaz Fadzil mengarahkan Dato’ Hisyamiddin menyiarkan isu
ini.

Seminggu menjelang aidilfitri,15 Januari 1999 tersiarlah di
dalam Harakah bahawa
ZAINOL BIN ISMAIL TIDAK LAGI BERKHIDMAT DENGAN MID(MADRASAH
ISLAHIAH DINIAH) MULAI OKTOBER 1996.MULAI TARIKH TERSEBUT PIHAK MID DAN PAS
KAWASAN BALING TIDAK LAGI MEMBERI MANDAT KEPADA BELIAU MEMUNGUT DERMA ATAU
MENJALANKAN SEBARANG URUSAN BERHUBUNG DENGAN KEPENTINGAN MID DAN JUGA  PAS KAWASAN BALING,SYARIKAT CORAK MEMALI
ADALAH JUGA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG KAITAN DENGAN MID DAN PAS KAWASAN BALING”

Waktu ini saya dalam usaha jualan terakhir kuih raya yang
milainya lebih sepuluh ribu ringgit,pelangang saya majoritnya adalah ahli dan
penyokong Pas.Sehari selepas siaran Harakah itu,saya telah menerima penggilan
telefon yang mengecam,menuduh dan marah-marahkan saya.Ada yang menggugut untuk
pukul bila bertemu.Rakan kongsi saya yang berniaga di Jalan Pahang Barat dan
juga Taman Melewar,memaklumkan jualan terjejas teruk.Bila pembeli melihat
alamat pengualar adalah COME(corak Memali) DARI Memali,mereka jadi tak berminat
membeli.Sedihnya yang tempahpun dibatalkan perjanjian.

Satu Syawal yang saya sambut pada tahun itu,benar-benar
menguji ketabahan.Saya mengalami kerugian berbelas ribu ringgit bagi satu
produk kuih  hanya dengan sekali siaran oleh
Harakah hasil fitnah dari Pas Kawasan.Jika dikumpulkan kerugian keluruhan saya  setelah tidak dapat berniaga,hampir RM100,000.00.Juga
terpaksa menanggung beban hutang hampIr RM40,000.00.Hingga sekarang belum dapat
di jelaskan lagi.Saya bersyukur kerana ada juga pemiutang yang sanggup
menghalalkan hutang mereka, selepas bebas dari KEMTA (Kem  Kamuting).Moga Allah merahmati mereka dunia
dan akhirat.

Lebih tiga bulan saya terpaksa hentikan perniagaaan bimbang
dengan keselamatan.Fitnah-fitnah terhadap saya samada di kampung atau luar mula
kedengaran.Hinggakan ada yang sanggup membuat cerita yang kicap keluaran
COME(Corak Memali) menggunakan tulang babi.Seperti yang  Yusuf Husin faham,saya memang tak akan
berdiam diri.

Saya menemui Ustaz Abdullah Shaari untuk minta
penjelasan,apa tujuan kawasan buat begitu pada saya,Kenapa kawasan tidak
selidik atau bincang dengan saya terlebih dahulu.

Isu ini bukan saja menyekat rezeki saya,malah keluarga
syuhada Memali serta pejuang-pejuang di Khasmir.Sewaktu bertemu dengan Ustaz
Abdullah,saya membidas kawasan kerana tunduk pada telunjuk Yusuf Husin,saya
sarankan pada beliau agar minta kawasan buat siaran mohon maaf dalam
Harakah.Juga minta beliau aturkan pertemuan saya dengan AJK kawasan termasuk
Yusuf Husin dalam tempoh terdekat.Jika tidak besar kemungkinan saya akan
membawa kes ke mahkamah tuntut saman malu.

Setelah mendengar penjelasan dari saya pada setiap tuduhan
dan bimbang kes itu pergi ke mahkamah,Ustaz Abdullah di katakana berusaha untuk
menjernihkan suasana.Bagaimana pun usahanya gagal.Pihak kawasan tidak mahu
melayan saya dan bersedia  untuk
berdepan  dengan mahkamah sekalipun.Dalam
mesyuarat Pas Cawangan Memali sekali lagi saya timbulkan isu ini.Seperti yang
di jangka Yusuf Husin mengatakan ini keputusan kawasan,bukan dia seorang.

Saya minta penjelasan kenapa dia tidak mahu berbincang
dengan saya secara terbuka.Akhirnya dia menjawab,”Ana mendapat amanat dari
aruah bapa ana,soalan-soalan macam ini tak payah jawab’.Terkejut semua yang
hadir mesyuarat,apakah jawapan itu serius,kerana bapanya dah lebih lima tahun
meninggal.Kerana itu jawapannya,saya tidak persoalkan lagi,Saya sedar yang dia
cuba melepaskan diri,tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.Kami
bukan sahaja terkejut,malah seperti tidak percaya jawapan itu datangnya dari
Yusuf Husin.

Dia pulang dengan tak bersalam dan itulah kali terakhir dia
hadir dalam mesyuarat cawangan.Selepas tiga bulan,saya kembali memulakan
perniagaan.Nampaknya kesan dari siaran Harakah
itu besar.Setengah rakan yang mengenali saya, sekadar lihat dari
jauh,senyum sinis terhadap saya.Ini mengingatakan saya pada kata-kata Lutfi
Osman,pengarang Harakah.Sehari lepas siaran Harakah itu,dia talipon saya untuk
mendapat cerita sebenar.Di akhir perbualan,mengikut pandangannya saya akan
bermasalah dalam bisnes.Sebab saya bergantung kepada sokongan jemaah.

Red more Mohd Sabu Air Mata Di Bumi Memali-15

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger