MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 15 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 15

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 15



Satu Malam,selepas program ceramah di Taman Melewar,saya
bertembung dengan peguam Hanifah Maidin.Exco PemudaPusat.Guamanya belum popular
lagi seperti sekarang.Saya minta pandangannya dalam isu ini dari sudut
perundangan.Padanya saya ada hak untuk saman malu jika terbukti ianya satu
fitnah atau cubaan memburukkan nama atau perniagaan.Bagaimanapun katanya,dalam
kes saya ini tak akan ada peguam Pas yang berani mengambil kes,kerana ianya
melibatkan parti.Saya fikir sebagai langkah terakhir.Saya masih berusaha untuk
memujuk kawasan agar memohon maaf.Nampaknya tidak berhasil.

Pengaruh Yusuf Husin cukup kuat hingga tak ada ruang untuk
saya berdamai.Pada 25 Januari 1999,Ustaz Abdullah Shaari,Naib YDP menghantar
surat peribadi pada Dato`Hisyamudin.Dia mendedahkan bahawa surat dari kawasan
yang di tandatanganunya dulu,bukan sepenuh hati darinya.Menurutnya itu semua
putar belit Yusuf Husin kerana mendedami saya.Ustaz Abdullah menegaskan yang
dia tidak bertanggungjawab dengan surat itu,dan memohon maaf pada semua pihak.

Kalaulah pihak Pas kawasan,negeri dan pusat prihatin
dengan surat ini,tentulah mereka siasat pengakuan Ustaz Abdullah terhadap sikap
Yusuf Husin.Malangnya tak ada apa-apa pun tindakan.Yusuf Husin masih berada
dalam keadaan selamat.Diwaktu yang sama,Yusuf Husin Berjaya lagi mempengaruhi
kawasan untuk mengumpul sebanyak maklumat tentang saya.Segala maklumat
ini,dihantar kepada pihak jawatankuasa disiplin parti.Pihak kawasan mahu
sesuatu tindakan diambil keatas saya.Bagaimanapun,pihak jawatankuasa disiplin
seperti tak berminat segerakan laporan tersebut.Hinggakan pihak kawasan agak
kecewa dan mendesak pihak atasan campur tangan.

Sementara perniagaan saya pula semakin malap.Hanya
mengharap sokongan rakan-rakan yang masih yakin dengan saya.Selepas pilihanraya
umum 1999 itu,keadaan ekonomi saya semakin tenat hinggakan van perniagaan
diambil balik oleh pihak bank.Waktu ini,Mohd Islah yang sedang belajar di
Yamen,perlukan wang untuk kos kitab dan peperiksaan.Emaknya Kak Ah dah buat
keputusan untuk menjual tanah.Tetapi tak disetujui oleh Mohd,Islah.Seorang lagi
anak syuhada Kamilah yang belajar di Madrasah Taufikiah          Padang Lumat atau Pondok Pak Ya juga menghadapi masalah
yuran asrama.Saya minta Tuan Haji Najib,bekas ketua DPPNK,uruskan.

Begitu juga dengan beberapa orang anak syuhada
lagi.Termasuk mereka yang belajar di Pakistan tajaan Madrasah Islahiah
Diniah.Puan Robiah,balu yang tinggal di Kg.Guar Robak,Padang Serai mengadu yang
dia menerima surat dari Massa Pakindo(Persatuan Pelajar  di Pakistan),minta hantar wang untuk dua
orang anaknya yang sedang belajar disana.

Begitu juga dengan Puan Solehah,Puan Mariam Omar dan Puan
Asma Ibrahim,yang anak mereka turut belajar di Pakistan.Keadaan ini membuatkan
hati saya bertambah sedih.Kenapa pekara ini boleh berlaku,sedangkan Yusuf Husin
berjanji anak-anak syuhada akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Madrasah
Islahiah Diniah,begitu juga dengan wang poket untuk 43 orang pelajar dari
Madrasah Islahiah Diniah yang di hantar belajar di Maahad Tahfiz di
Assrofiah,Muslim Town,Lahore,Pakistan.

Sebelum berhenti dari Madrasah Islahiah Diniah,salah satu
agenda saya adalah menghantar pelajar Madrasah Islahiah Diniah ke luar
negeri.Ini termasuk dalam kurikulum baru yang disediakan.Yusuf Husin sangat
berminat dengan idea ini.Dia minta saya uruskan.Kebetulan waktu itu saya kerap
ke Terengganu menhgantar tempahan sarung bantal,antara produk  Bengkel Jahitan Memali kepada Ustazah Zainab
yang tinggal di Kg.Banggol Donas, dekat batu 6,Kuala Terengganu.Suaminya Ustaz
Zaid mengajar diInstitut Berakan.

Ustazah Zainab aktivis muslimat kawasan,merupakan stokes terbesar
memasarkan hasil keluaran Bengkel Jahitan Memali.Saya kagum dengan kegigihannya
membantu balu-balu.Disamping itu dia juga aktif dalam memasarkan barangan
zulian hingga mendapat berbagai anugrah,termasuk kereta.Mungkin inilah berkat
simpatinya pada balu-balu syuhada.

Sewaktu menghantar barangan kepadanya,saya banyak berehat
di Institut Berakan,kerana disitu ada bilik musafir.Tenaga pengajarnya ramai
juga yang pulang dari Pakistan.Salah seorangnya dari Kedah,Ustazah Solehan
Ghafur,bekas pelajar taufikiah atau pondok Pak Ya.


 Bukti email daripada Mohd Islah kepada
Ibunya&penulis,menyatakan yang dia menghadapi masalah kewangan yang serius
dan teramat memerlukan wang pada ketika itu.



Bukti salinan surat dari Persatuan MASA-PAKINDO Lahore
Pakistan melaporkan pada pihak Yusuf Husin masalah yang berlaku terhadap
pelajar-pelajar Memali disana.Yusuh Husin tidak memperdulikan laporan tersebut
sebaliknya menyuruh mereka pulang ke tanah air dengan perbelanjaan
sendiri.Setelah pulang ke tanah air,nasib mereka tidak dipedulikan oleh Yusuf
Husin.Sedangkan matlamat asal menghantar mereka ke Pakistan adalah untuk
menjadi tenaga pengajar dalam bidang tahfiz di Madrasah Islahiah Diniah.Sudah
tentu tindakan Yusuf Husin ini tidak amanah terhadap kepercayaan orang ramai
yang menyumbang kos pengajian kepada pelajar-pelajar tersebut yang bernilai
lebih dari RM100,000.00.Apakah benar Yusuf Husintelus dalam menguruskan
sumbangan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk pelajar-pelajar
Memali?.Dimanakah pelajar-pelajar ini sekarang?


 Bukti antara resit
sumbangandari orang ramaiuntuk membiayai pelajar ke Pakistan

Resit-resit sumbangan orang ramai telah dibakarditempat
pembuangan sampah.Ini diantara sisa resit yang masih selamat ditemui oleh
budak-budak Kg.Memali

Kebetulan dia adalah SU Massa Pakindo di tanah air,jadi saya berbincang dengannya hasrat membawa pelajar Madrasah Islahiah Diniah  ke Pakistan.

Saya dan Yusuf Husin susun program taklimat dengan waris.Ustazah Solehan dan saudara Sazali selaku Pengerusi  Massa Pakinda,turun memberi taklimat.Ramai waris yang bersetuju.

Bagaimanapun pihak Madrasah Islahiah Diniah hanya memilih pelajar yang sudah memiliki kad pengenalan.Saya dan Yusuf Husin beberapa kali ke Kuala Lumpur menguruskan vusa pelajar.Walaupun hubungan kami kurang mesra,dia terpaksa mengajak saya sebagai pemandu keretanya.Mungkin kerana saya agak mahir jalan di Kuala Lumpur.

Kami pernah jumpa Pak Lah semasa dia menjadi Menteri Luar.Yusuf  Husin ajak Haji Subky,kerana mereka berdua pernah berkawan semasa dibangku sekolah dulu.Saya tak tahu apa yang dibincangkan kerana saya diarah tunggu dalam kereta.Di buatnya saya betul-betul seperti pemandunya.Dari situ kami pergi pula ke kedutaan Pakistan.Waktu ini,Yusuf Husin telah mula mengiklankan dalam Harakah rayuan derma untuk pelajar meneruskan pelajaran di Pakistan.

Sampai masanya.Mei 1997 seramai dua puluh orang pelajar lelaki kumpulan pertama bertolak kesana,Yusuf Husin dan mudir Madrasah Islahiah Diniah.Ustaz Mad.Juki ikut serta.Sampai  ditempat rehat Jamaat Islami,Mansoorah,Lahore,Yusuf Husin rancak bercerita pada pelajar-pelajar disitu.Mengikut Yusuf Husin,ribuan orang menghantar pelajar-pelajar di lapangan Terbang Sultan Abd.Halim,Kepala Batas,Kedah.Ustaz Fadzil dan pimpinan negeri turut serta.

Saya dengar dengan penuh gembira,kerana roh jihad As Syahid Ustaz Ibrahim Libya masih kental dihati ahli Pas.Saya percaya dengan apa yang diceritakan itu,apabila dia mengeluarkan satu bag yang berisi wang tunai,sumbangan orang ramai di lapangan terbang.Banyak,memang banyak,Saya turut serta membilang wang tersebut bersama pelajar Rosli Azmi dan Ustaz Zailani yang kedua mereka sekarang ini Exco DPPNK.Begitu juga saudara Saiful Ambia aktivis Pas Terengganu sekarang ini.

Sehingga saya meninggalkan tempat itu, jumlah terkumpul telahpun lapan ribu ringgit,masih banyak lagi yang belum dikira.Saya yakin jumlah melebihi sepuluh ribu.



Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger