MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 16 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 16

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 16



Selepas seminggu mereka tiba,saya pulang ke tanah
air.Pemergian pelajar Madrasah Islahiah Diniah ini sudah jadi bualan.Sesekali
berita mereka keluar dalam harakah.Sumbangan orang ramai kepada Madrasah
Islahiah Diniah rancak.Jumlah sumbangan untuk pelajar kumpulan pertama sahaja
RM 60,080.00.Sumbangan boleh dikatakan setiap bulan ada.Apa lagi bila Yusuf
Husin hebahkan untuk hantar kumpulan kedua termasuk beberapa orang pelajar
perempuan.

Pada 15 Mac 1998,bertolaklah pula kumpulan kedua bersama
dua belas orang pelajar perempuan.semua pelajar pelajar ini yang berjum;ah 43
orang berada dibawah pantauan persatuan Massa Pakindo.Passport,dokumen penting
dan wang mereka dijaga oleh persatuan.Segala aktiviti,hari minggu juga
tertakluk kepada arahan persatuan.Pelajar lelaki peringkat awalnya di awasi
oleh saudara Abd.Rahman atau lebih glamor dengan panggilan Abang Man Bauk.Iatu
abang kepada Habibullah Md.Amin ketua kumpulan Al-Maunah.

Dari bulan kebulan,setiap prestasi pelajar dan kedudukan
kewangan mereka akan dihantar kepada waris dan juga Madrasah Islahian Diniah
oleh Massa Pakindo.Selepas setahun keadaan pelajar mula berubah.Ada yang sudah
tidak minat belajar.Tidak mahu mengikut program persatuan.Massa Pakindo disana
mula serba salah,khusunya Rosli Azmi selaku anak jati Kg.Memali.Abang Man Bauk
pun mereka tidak pedulikan lagi.Masing-masing dah pandai membawa diri.Massa
Pakindo hantar laporan kepada Yusuf Husin untuk dilakukan sesuatu,tetapi tidak
ada respon.Sementara pelajar perempuan pula tidak dapat menyesuaikan diri
dengan keadaan di sana.Ada yang trauma untuk pulang.

Sewaktu saya menziarihi anak pada Mac 1999,macam-macam
aduan yang saya terima.Semua ini saya dengar dengan penuh sedih,saya tidak ada
kuasa lagi di Madrasah Islahiah Diniah.Juga tidak berani mencadangkan apa-apa
pada waris,bimbang saya difitnah pula.Sebelum ini pun ada waris yang cuba dapat
maklumat sebenar keadaan anak mereka disana pada Yusuf Husin,tetapi dia
nafikan,kononya ada pihak yang buat cerita.

Seorang waris.Cikgu Ismail dari Kulim yang dapat tahu
saya hendak ke Pakistan,meminta saya bawa pulang anaknya,Siti Nor Atifah.Pada 5
April 1999,di Airport Lahore suasana amat sedih.Tak sampai hati saya mendengar
rayuan pelajar-pelajar perempuan untuk saya bawa mereka pulang bersama.Menyayat
hati kerana mereka ini juga bekas pelajar saya di Madrasah Islahiah Diniah
beberapa tahun lalu.Saya hanya boleh minta mereka bersabar,Semua mereka Menangis
ketika perpelukan berpisah dengan Siti Nur
Atifah.Saya menahan sebak,tidak mahu mengalir air mata kerana anak saya
juga ada bersama menghantar saya di airport itu.

Diatas pesawat Pakistan Airlane (PIA),jiwa saya tidak
tenteram.Sedih,geram dan rasa marah dengan sikap Yusuf Husin.Siti Nur Atifah
pun nampaknya tak berminat untuk berbual,dia juga kelihatan termenung.Mungkin
terkenangkan nasib rakan-rakannya yang ditinggalkan.Atau juga sedang bayangkan
ibu bapa dan adik-adik yang sedang menunggu di KLIA.Saya biarkan dia dengan
angan-angan sendiri.Saya terpaksa melayan wajah Yusuf Husin yang sedang
bermain-main di kepala.Dalam keadaan pelajar menghadapi delima begitu,dia tidak
mengambil apa-apa langkah.Malah dia masih senang mengiklankan sumbangan dari
orang ramai,untuk pelajar-pelajar Madrasah Islahiah Diniah yang belajar di
Pakistan.Padahal wang-wang itu tidak sampai sepenuhnya kepada pelajar.

Teringat semula saya pada desas desus dari orang kampong
yang mempersoalkan gaya hidup Yusuf Husin akhir-akhir ini.Hujah-hujah yang
diberikan oleh orang kampong ada logiknya.Dalam tempoh beberapa tahun ini,nampaknya
dia berbelanja besar.Membeli sebuah kereta Toyota KE 20 secondhand,selepas itu
mengecatnya pula.Bila saya ceritakan pada Mohamad Sabu yang Yusuf Husin Beli
kereta secondhand,dia terus berkata kereta begitu lagi banyak perlu duit,kerana
sekejap-kejap rosak.’Mana dia ambil duit?”Mohamad sabu Tanya saya.

Inilah juga persoalan yang ditimbulkan oleh orang kampong
.Dimana Yusuf Husin ambil duit.Ada orang yang cuba menghintung
pendapatannya.Elaun dari  Madrasah
Islahiah Diniah,Pas Kawasan dan JPN negeri sekitar RM 1,200.00 sahaja.Isterinya
sebagai kerani sekolah pun mungkin sekitar itu.Jika dicantum pendapatan mereka
suami isteri adalah sekitar RM 2,000.00.Sedangkan kos pendidikan anak-anaknya
sahaja waktu itu besar.Seorang di  YIK,Kelantan,,seorang
di UIA dan 2 orang di Pakistan,lain-lain belajar di Madrasah Islahiah
Diniah.Orang kampong bercakap lagi,diwaktu yang sama juga dia menambah ruang
rumah bahagian dapur.

Lebih terpinga-pinga lagi bila Yusuf Husin,isteri,seorang
anaknya dan juga ibunya pergi menunaikan umrah pada tahun 1998.Tahun dimana
sumbangan orang ramai untuk pelajar Pakistan mencurah ke Madrasah Islahiah
Diniah.Dalam perjalanan itu,Yusuf Husin singgah menemui pelajar dan masa itulah
di katakan bagnya hilang di airport Lahore.Tapi tidak masalah.Mengikut cerita
dari pelajar,Yusuf Husin borong sakan membeli pakian dan persiapan umrahnya di
Pakistan.Jadi salahkah jika orang kampong bercakap yang Yusuf Husin akhir-akhir
ini kelihatan mewah.Di hitung lagi oleh orang kampong ,perbelanjaanya
sekeluarga pergi menunaikan umrah itu hampir dua puluh ribu ringgit.

Ada orang bertanya padanya sumber wang yang di
perolehi,diberitahu wang simpanan ibunya.Jawapannya itu,lebih
mengejutkan.Kerana semua orang kampong Memali tahu siapa ibunya,sekeping
tanahpun tak ada,makan minumpun hasil pemberian anak-anak.Tiba-tiba dia boleh
mengeluarkan beribu ringgit untuk pinjamkan Yusuf Husin beli kereta,buat rumah
dan Perbelanjaan Ke mekah


0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger