MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 32 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 32

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 32

AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 32:
Mustahil antara ustaz dan ustazah yang ada itu tidak mampu menanggung tugas,semestinya ini ada kaitan dengan isu syahid dan jihad tadi.Mengikut kurikulum yang saya pinda semasa berada di Madrasah Islahiah Diniah dulu,peringkat menengah terdiri dari menengah rendah,tinggi dan kolej.



Di samping sebuah kelas latihan perguruan untuk tiga puluh orang sahaja.Dimana mereka ini akan melalui proses latihan perguruan selama dua tahun.Tamat kelak akan di serapkan sebagai guru terlatih dimana-mana sekolah atau madrasah yang memerlukan.Bermakna individu terakhir yang tamat di Madrasah Islahiah Diniah ini atara lapan belas ke dua puluh tahun.Tahap umur yang telah matang untuk berkhidmat dan aktif dalam Pas.Sesuai dengan cita-cita Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,mereka ini  akan disemai dengan semangat juang'syahid cita-citaku'.



Dengan menghapuskan pengajian peringkat menengah ini,bererti insan-insan mujahid yang berjiwa kental berjihad mengejar syahid,juga turut terhapus.Alasan Yusuf Husin bahawa pelajar Madrasah Islahiah Diniah sekarang boleh meneruskan pengajian menengah di muasasah Darululum Pokok Sena, Kedah,juga tinggal alasan saja.Anaknya sendiripun tidak dihantar kesana.Apabila sambutan hari syuhada tidak ujud lagi,pengajian peringkat menengah pun telah tiada,secara tidak langsung cita-cita pihak tertentu untuk menyekat fahaman apa yang mereka kata sebagai golongan eksrimis dan fanatik Islam berhasil.



Apa yang mereka mahu seperti yang pernah disebut pada saya oleh SB,berjihadlah dalam pilihanraya jangan lebih dari itu.Mereka tidak mahu lahir petugas Pas seperti kami,KMM.Bagi mereka pejuang pilihanraya mudah dikongkong,mudah diuruskan dan mudah ditipu.Contohnya apa yang berlaku di Perak sehingga hilang sebuah negeri,petugas-petugas pilihanraya dapat bersabar .tetapi pada petugas yang ditarbiah seperti Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,pasti sudah beratus nyawa yang terkorban mempertahankan hak mereka.



Demikian juga dengan Kedah,petugas piliharaya boleh melihat atau menerima pentadbiran seperti yang ada sekarang,walaupun menguasai,tetapi masih kekal judi dan araknya.Kerana patuh dengan pimpinan yang megatakan'kita memerintah sambil berdakwah'.



Sebaliknya,petugas yang ditarbiah seperti pengikut Asyahid Ibrahim Libya yang setia,tidak akan bersengkongkol dengan fahaman dan alasan itu.Samada syariat Islam itu berjalan atau mereka mati syahid.Itulah jiwa pejuang Islam yang hakiki.Kalau begitu bagaimana dengan Yusuf Husin ,tidakkah dia juga di tarbiah oleh Asyahid Ustaz Ibrahim Libiya.Betul,tapi dia tidak melalui tarbiah sepenuh masa,kerana itu dia boleh bersikap seperti sekarang,lebih kepada murid yang derhaka.Ustaz Mohd.Rusdi,adik Asyahid Ustaz Ibrahim Libya sendiri membari tahu yang Yusuf Husin melalui tarbiah di penghujung jalan.



Informer kepada SB di dalam Pas ini bukanlah perkara baru,sebaik saja berlaku peristiwa Memali,makhluk ini sudah meresap masuk ke dalam pentadbiran Pas Kedah,Selama tujuh tahun berkhidmat di Pas Kedah,barulah dapat di kesan oleh SU perhubungan Pas Kedah waktu itu,Ustaz Halim Arshad.



Selepas itu Pas Kedah dikatakan cukup berhati-hati.Namun begitu ada juga yang merungut seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas Kedah akhir-akhir ini,kerana rahsia parti yang terbocor,termasuk strategi pilihanraya.Juga banyak keputusan mesyuarat secara begitu cepat telah sampai kepada pihak tertentu.Betulkah begitu?



Semasa dalam tahanan KEMTA,menjelang PRU 11 pada 2004 saya mengirim surat kepada Salehuddin Ayub yang ketika itu menjadi ketua DPPP.Saya minta dia perhatikan isu ini dengan mengatakan'kesahihan pada ahli-ahli Pas Kedah yang bertungkus lumus kerja untuk parti,tapi dengan hanya seorang,harapan mereka musnah...'Tidak pasti samada surat ini sampai kepada Salehuddin atau tidak.



Apa yang pasti,dalam PRU 11 itu,daripada lapan Parlimen Kedah,hanya tinggal satu di Pendang.Pada PRU 12,tak perlu sesiapa mendabit dada menonjolkan kehebatannya,kerana ketika itu berlaku kebangkitan rakyat atau makkal sakhti.PRU 13 ini,mungkin pertembungan sebenar yang akan menguji pasukan memanah di Bukit Uhud,Batu 9,Jln Sungai Petani Kedah.



Setelah melangkah kaki terakhir di KEMTA,saya dan lima lagi sahabat ditransitkan dulu di lokap tahanan ISA di Balai Polis Batu,.Petang sehari sebelum pulang.saya didtangi oleh orang kuat dari Bukit Aman.Dia meninjau buat kali terakhir keadaan kami disamping memberi nasihat agar kami jadikan semua ini sebagai pengajaran.Dia minta saya kembali aktif semula dalam parti,berjuang cara elok melalui pilihanraya.Kalau pembangkang menang,katanya mereka pihak polis tentu akan berkerja dengan kerajaan baru pula.Setelah dia minta maaf dan minta kami,KMM supaya tidak menaruh dendam pada SB.Ayat akhir yang disebut pada saya.



Saya nasihatkan kamu Zainol,kalau nak berjuang ikutlah macam Yusuf Husin','Ngapa tuan?' 'dia tu cerdik.Masa dengan kami sekor nyamuk pun tak gigit'

Bersambung di siri 33

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger