MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 30 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 30

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 30



Dalam beberapa kes tahanan secara kumpulan,terdapat seorang
atau dua yang di asingkan dari tahanan lain,kemungkinan juga tidak ditempatkan
di KEMTA. Tetapi nama mereka tetap tercatat dalam rekod orang tahanan(OT) di
KEMTA. Biasanya ini adalah kes-kes istemewa.Siapa? Iatu siapa yang di anggap
penting dan dapat memberi kerja sama pada pihak Bukit Aman.Kerja sama ini pula
bukan saja masa tahanan,hingga bila-bila diperlukan.Dari kumpulan 17 orang kami
yang ditahan sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM),tidak berlaku kes
seperti ini.Tapi dari kumpulan lain yang bersama kami,ada kes seperti itu.

Sepanjang lima tahun dua bulan saya di KEMTA,tak pernah
bertemu orangnya,tapi namanya tertera di papan bilik pengawal.orang ini di
tempatkan di Bukit Aman. Di sana ada bilik VIP.Lengkap dengan segala
kemudahan,seperti tinggal di apartmen.Saya tak pernah di tempatkan di
sana,Tetapi ada rakan dari KMM yang pernah transit di bilik ini beberapa
malam sementara menunggu pulang kerumah,setelah bebas dari Kemunting,antaranya
Ustaz Solehah,Ustaz Ibrahim dan saudara Alias Ngah.Tahanan Istemewa yang
ditempatkan di sini akan dibawa enam bulan sekali ke KEMTA untuk mengadap
Lembaga Pengampunan yang tak pernah memberi ampun pun.


Dalam isu Yusuf Husin ini tak pastilah samada dia menjadi
tahanan istemewa begitu,Yusuf Husin tak pernah cerita dimana dia sebanarnya.


Sewaktu lima tahun di KEMTA itu saya masih sempat bertemu
dengan warden yang pernah menjaga OT Memali.Antara yang  saya masih ingat adalah sarjan Ishak,Sekarang
dah pencen.Sarjan ini boleh sebut beberpa OT Memali.Bila ditanya tentang Yusuf
Husin,dia seperti tidak kenal.Sedangkan masa nama seluruh negara Yusuf Husin
ketua Mujahidin Memali dan orang kanan Ibrahim Libya.Kenapa sarjan ini tidak
kenal dengan nama orang yang begitu popular di dada-dada akhbar.Pula pernah
membuat kenyataan tv . Mustahil Sarjan itu tidak kenal jika Yusuf Husin tinggal di
KEMTA.


Pernah juga Yusuf Husin menceritakan pada kami exco
DPPNK,yang dia dipelawa untuk berkerja sama atau menjadi informer kepada
SB.Kalau dia bersetuju.SB ini menentukan apa juga pangkat yang dia kehendaki
dalam parti,Termasuk SU Agong,Tetapi dia menolak,kerana dia ingat akan pesanan
Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,agar tidak belot dalam perjuangan Islam.Kisah ini
kami dengar dengan penuh hiba,penuh kagum dan penuh semangat agar kami boleh
seperti  dia,yakni setia dengan
perjuangan.Itu apa yang dia cerita pada kami.


Setelah puasa otak saya berputar dan berhenti mengkhayali
tentang ''siapa dia tu"akhirnya terhentilah kepada kemucak dari persoalan
yang menuju kearah jawapan'siapa dia tu'.Mangsa Memali yang ditahan lokap Ibu
Pejabat Polis Kedah(IPK)di  jalan Stadium,Alor Setar seramai enam orang,Selain
Yusuf Husin adalah Ustaz Ismail Mahmud(adik Asyahid Ustaz Ibrahim Libya),Azmi
Hj.Salim,Ramli Che Mid,Ghazali Kadir dan Ahmad Endut.Tahanan yang paling teruk
di seksa di sini adalah Ghazali Kadir kerana dia disyaki menembak mati anggota
polis.Selepas itu dibawa ke IPK untuk soal siasat.Berbagai seksaan fizikal di
hadapinya.Mengikutnya badan sudah  tak
seperti orang lagi,macam kain buruk.Lembik dan layu.Habis bengkak sana sini.
Satu hari dia masuk bilik soal siasat seperti biasa.Bersedia
untuk di soal siasat.Masuk seorang yang disngka SB untuk soal siasat.


Rupanya orang itu Yusuf Husin hanya seorang saja tak ada
pengiring.Di anggapnya mereka berdua sama-sama akan disoal siasat.Rupanya
tidak.Terkejut Pak Lang Murah apabila Yusuf Husin kata dia nak ambil
laporan,ganti tempat SB.Mahu tidak mahu,terpaksalah dia beri kerja sama dengan
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.


Tindakan Yusuf Husin semasa menyoal dan mencatat
percakapanya sama seperti SB juga.Bezanya dia tidak memakai unifom
polis.Untungnya Pak Lang Murah hari itu,dia tak rasa penampar dan sepak
terajang  dari SB seperti biasa.Cuma
adalah juga suara Yusuf Husin yang agak keras.Dia minta Pak Lang Murah cerita semua,keran
pihak polis dah tahu segalanya.


Di sebelah bilik soal siasat Pak Lang,adalah Pak Njang Mi di
soal siasat,SB yang soal siasat Pak Njang Mi berkali kali bertanya samada dia
cam suara orang sebelah.Hingga selesai soal siasat ,Pak Njang tetap tidak cam
suara siapa,Mengikut Pak Njang Mi,walaupun bilik mereka dipisahkan dengan
dinding batu,tapi suara boleh dengar,cuma kurang jelas.Semasa berpeluang jumpa
Pak Lang Murah,barulah Pak Njang tahu pekara sebenar.


Semasa balik dari soalsiasat Pak Lang Murah melalui ruang
tamu di dalam kawasan menuju lokap. Di situ dia sempat melihat bilik yang
dikatanya Yusuf Husin di tempatkan.Berbagai kelengkapan ada seperti tempat
membancuh air panas lengkap dengan gula kopinya.Terdapat juga tv,kipas katil
dan peti sejuk.Peristiwa dia dengan Yusuf Husin itu di pendam lama untuk di
dedahkan.Selepas di bebas,Yusuf Husin sedang di sanjung oleh ahli Pas.Dia
dijemput ceramah hampir semua negeri.Kalaulah di ceritakan tentang tindakan
Yusuf Husin terhadapnya masa itu,tidak ada siapapun akan percaya.


Sehinggalah tercetus masalah di Memali mulai tahun 1998,baru
dia berani mendedahkan perbuatan Yusuf Husin itu.Bial pendedahan ini sampai ke
pengetahuan  Yusuf Husin,dia
menjelaskan,tujuan dia berbuat begitu,kerana kasihan pada Pak Lang Murah yang
di dera oleh SB.Bila dia soal siasat,maknanya Pak Lang Murah tidak di dera
fizikal,itulah alasanya.



Bersambung siri-31


Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger