MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 31 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 31

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 31



Apa yang dipersoalkan,bukanlah meringankan deraan pada Pak Lang Murah,tetapi bagaimana Yusuf Husin boleh mengambil tempat SB menyoal siasat kawan sendiri.Jadi,siapakan kamu sebenarnya?



Apakah dakwaan Yusuf Husin  bahawa dia tidak berminat dengan pelawaan untuk menjadi informer kepada SB,boleh diterima tanpa sebarang keraguan,Seperti yang dikatakanya,jika sanggup berkerjasama dengan pihak SB,mereka boleh tentukan sesuatu jawatan tertingggi dalam perti.Hari ini Yusuf Husin bukan sahaja SU Perhubungan PAS Kedah,malah Yusuf Husin telah layak dipanggil YB,kerana dia seorang Ahli Dewan negara,Senator.Siapa sangka dia dulu hanya seorang budak pejabat disebuah sekolah rendah,kita telah menduduki kerusi di Dewan Negara.Siapa sangka dulu seorang yang digelar penjinayah di Memlai,kini bergelar YB.Siapa sangka orang kanan Asyahid Ustaz Ibrahim Libya boleh menjadi senator.Itulah rezeki Yusuf Husin.


Selain mencari-cari jawapan kepada persoalan,siapa dia itu', perbualan dengan SB beberapa hari sebelum ini turut ligat menggegar otak ini.Isu yang dibualkan adalah berkaitan dengan program sambutan hari syuhada.


Mengikut SB berkenaan,dalam rekod di Bukit Aman,kehadiran paling ramai dalam program itu,adalah pada tahun 1990,menjangkau seratus ribu orang.
Cuba hang pikir Non,kalau sepuluh peratus dari jumlah itu,hampa(pas) dapat pengaruh tanam semangat Ibrahim Libya,apa akan jadi kat negara ini.Sorang Ibrahim Libya saja pun,kami dah kelam kabut,macamana pulak nak berdepan dengan sepuluh ribu orang.Habis polis seluruh Malaysia,tak dak kerja lain ,dok jaga hampa saja la...'

Saya cuba menyelami maksud di sebalik kata-kata tersebut dengan perkembangan di Memali muktahir ini.Antara dua kalimah yang sangat-sangat tidak digemari oleh penghuni Bukit Aman adalah syuhada atau syahid dan jihad.Seolah-olah bahan ledakan yang boleh meranapkan Bukit Aman bila-bila masa.Sebab itu,sedaya upaya kalimah-kalimah itu cuba dihilangkan dari kamus negara.
Apakah usaha menggugurkan atau menggantikan perkataan sambutan'Hari Syuhada' sejak tahun 1986,bertukar kepada perkataan'Ihtifal Madrasah Memali'pada 1995 itu ada hubungkait dengan isu ini.Mungkin tidak ramai yang tahu siapakah yang bertanggungjawab melakukan perubahan ini.Siapa lagi kalau tidak Yusuf Husin.Berulang kali juga Yusuf Husin merayu kepada Allahyarham Ustaz Fdzil Nor untuk mencapai hasratnya.Antara hujah yang digunakannya bahawa Pas sekarang ke arah 'menerang bukan menyerang'.Dengan kalimah syuhada itu menyebab orang Umno dan pengundi atas pagar takut mendekati Pas.Susahlah untuk Pas mencapai kemenangan,khusunya DUN Bayu yang merupakan kubu Umno yang Madrasah islahiah Diniah berada di dalamnya .Hujah Yusuf Husin ini termakan oleh allahyarham Ustaz Fadzil .(Fadzil Nor)


Apa yang berlaku selepas itu.majlis Ihtifal tidak mendapat sambutan seperti program tahun-tahun lalu,Kerana apa? Roh jihadnya sudah tiada lagi.Tahun demi tahun ,ihtifal Memali hanya disambut oleh  masyarakat setempat.Tidak ada lagi pencinta-pencinta jihad dan syahid luar Kedah yang datang berkampung selama tiga hari dibumi Syuhada Ini


Kehadiran yang agak ramai hanyalah semasa program ceramah pimpinan terpilih,yang salah seorangnya tentulah Mohd Sabu (Mat Sabu) selaku idola Yusuf Husin satu ketika dulu.Akhirnya hari ini syuhada berkubur,dan amanlah orang Bukit Aman kerana  tidak perlu lagi fikirkan tentang program syuhada di Memali itu,Misi mereka untuk leburkan impian syahid dan semangat jihad berhasil.Siapa disebalik misi ini?.


Alasan Yusuf Husin menutup pengajian peringkat menengah selepas saya tinggalkan Madrasah Islahiah Diniah,kerana tidak ada tenaga mengawasi pelajar di asrama,adalah helah semata-mata.


BERSAMBUNG SIRI 32

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger