MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 28 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 28

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 28


Dia tidak peduli lagi pada Yusuf Husin dan orang lain memang dia dapat saksikan dengan jelas betapa ramainya pihak polis yang berada dihadapannya sedang mengepung rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya waktu itu,pihak polis sudah mula melepaskan gas pemedih mata,Sesuana bawah rumah tempat dia berlindung,sunyi tidak dengar suara Yusuf Husin dan lain-lainnya.Bila toleh ke belakang,barulah dia perasan yang dia hanya keseorangan.Yusuf Husin dan lain-lain entah ke mana Perasaan taku mula terasa,lebih-lebih lagi seperti ada anggota polis sedang perhati gerak gerinya.



Dengan berhati-hati dia beredar dari rumah kecil itu.Dari situ dia berjalan ke arah utara dan berlindung di rumah Kak Pah,yang jaraknya lebih kurang dua ratus meter dari rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.

Maklumat dari Mohamad Khoiri dan juga perbualan dengan SB tentang isu tempat tangkapan Yusuf Husin ini nampaknya secocok.Menurut SB,mereka menangkap Yusuf Husin didalam sawah  tinggal seberang jalan lebih kurang seratus meter dari rumah  Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,penduduk Memali memangil bendang Pak Su Nayan;Semasa di tangkap,seluarnya penuh dengan lumpur.Dia dibawa dengan Land Rover polis ke IPD Baling sebelum di pindahkan ke IPK Alor Star beberapa hari selepas itu.



Kesempatan berbual  dengan SB ini,saya cuba minta penjelasan dari mereka tentang kes report saya terhadap Yusuf Husin,saya ingin tahu dari mereka,kenapa pihak bukit Aman mengambil alih tugas dari IPD Baling.Juga kenapa Bukit Aman seperti mendiamkan kes itu begitu sahaja.

Susah juga mereka hendak menjawab.Setelah tiga hari,barulah mereka bersuara yang ianya bukan satu jawapan,sebaliknya lebih memeningkan saya.Hanya mereka berkata,' hang fikir sendiri la Non,sapa dia tu'.



Semalaman di Bilik tahanan itu boleh kata saya tak dapat tidur. Kata-kata SB itu,begitu ringkas,tetapi meninggalkan kesan yang sangat berat untuk otak berfikir,Sungguhpun saya mencuba sedayanya untuk tidak mahu fikir tentang itu,tetapi naluri tertekan untuk memaksa otak ini  berfikir tentang 'siapa dia tu'.



Beberapa keraguan yang pernah saya fikir sebelum ini.Kembali semula bersarang di kepala.Dalam masa orang lain membuat cerita saya sebagai SB sebaik pulang dari Afghanistan.Tiba-tiba suatu hari Yusuf Husin berkata,yang dia tahu yang saya bukan SB.Bila saya bertanya macamana dia boleh tahu,Yusuf Husin mengatakan yang dia ada gerak hati boleh kenal seseorang.Kononya dia belajar ilmu ini daripada Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Namun gerak hati saya pula sukar untuk menerima kenyataannya itu.



Sewkatu proses penukaran isteri saya dari SMK Syed Ahmad,Kuala Nerang,saya dan isteri belumpun mendapat apa-apa berita,Yusuf Husin orang pertama neritahu yang pertukaran Isteri saya ke SMK Balin Telah lulus ,Saya tak percaya,kerana isteripun belum dapat surat.Tapi yusuf Husin beria-ia benar suruh saya percaya.Bila saya tanya bagaimana dia tahu,dia tidak menjelaskan,hanya berkata,'aku tahula,du atiga hari lagi hang tengok,' Benar tiga hari kemudian isteri saya dapat surat pertukaran.



Saya sedar dalam tempoh itu,gerak gerak saya dipantau oleh SB,Mereka gagal menahan saya dalam operasi Kenari,tetapi kehidupan saya mereka ambil berat.Semasa saya ditahan pada 2 Ogos 2011 itu,salah seorang SB yang menahan saya memberitahu dia memang ditugas mengawasi saya sejak pulang dari Afganistan.Kalau tidak salah,namanya Sharif.Sering mengikut kuliah pagi jumaat di pejabat  Perhubungan Pas Kedah.Katanya tugasa menahan saya itu,merupakan tugas terakhir beliau,kerana hendak pencen beberapa bulan lagi.



Dia juga menyebut yang saya ini segaksemasa menyimpan rambut panjang sewaktu menjadi Wartawan Harakah dulu.Ini sudah menjadi Amalan pada SB yang hampir pencen.Sedar yang mereka menjadi anggota masyarakat,jadi perlu berbaik-berbaik dengan masyarakat.

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger