MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI- SIRI 25 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI- SIRI 25

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI- SIRI 25


Tanpa memberi salam,Dato` Hisyamudin(bekas peguam)menyebut
nama saya dan minta menjawab soalannya,samada ya atau tidak.Soalan
pertama,tentang laporan polis yang saya buat pada 27 July 2000.



Benarkah pada 27 July 2000 kamu ada membuat repot polis
berkaitan Tabung Mangsa Memli?

'Ya...


Jadi Kamu mengaku membuat laporan itu?

'ya,tapi....'

'Saya tidak minta apa-apa penjelasan'

'Mana boleh,saya perlu memberi penjelasan.........

Berlaku sedikit pertelagahan antara kami berdua,Pak Njang Mi mula
merah muka,Dia gelisah.Tapi masih boleh bersabar.Dato` Hisyamudin tidak beri
laluan untuk saya memberi penjelasan,dia meneruskan soalan kedua.

'Benarkah kamu ada membuat kenyataan akhbar tentang Tabung
Memali?
'ya,Ada.Tapi......'

'Saya dah cakap tak mahu penjelasan'

'Habis kalau tidak mahu mendengar penjelasan,buat apa
panggil kami datang kesini.Kami diminta bahan bukti dan saksi untuk apa...?

''Sedarkah perbuatan awak bolah memudhoratkan parti''

Ustaz Harun Taib mencelah,''Cikgu sepatutnya utamakan
kepentingan jemaah,bukan diri''

''Saya faham ustaz....''Dato`Hisyamudin memotong percakapan
saya.

Soalan yang ketiga...Belum habis, Dato` kemuka soalan ketiga
saya lantas bangun.

''saya minta maaf,setakat ini saja.Terpulanglah pada Dato`
nak ambil tindakkan apa dekat saya'

Saya keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu bersama
balu-balu dan Awang pemandu van kami.Sebenter saja ,Pak Njang Mi dan Pak Lang
Murah ikut keluar.Seorang anak muda yang tadinya mencatat percakapan kami
mungkin SU kerja,datang beritahu majlis dah selesai.Saya tanya tentang saksi (balu-balu)
yang belum dipanggil.Dia hanya menggeleng kepala,Saya faham,bermakna
saksi tidak perlu lagi buat mereka.Kamipun beredar mencari masjid untuk solat
dan makan sebelum bertolak pulang.

Dalam perbualan perjalanan pulang itu,Pak Njang Mi dan Pak
Lang Murah memberitahu yang merekapun tak mahu jawab apa-apa.Hanya kata,mereka
pun macam Cikgu Non saja,lalu keluar bilik.Sesuatu yang saya cuba elak dari
perbualan,tentang makan yang terhidang didepan kami.Saya amat malu dengan sikap
AJK Disiplin yang ada.Tak ada seorangpun yang pelawa kami makan atau
minum.Tidakkah terfikir oleh mereka yang kami datang  dari jauh.Entah makan entah tidak.Apa
salahnya kalau dipersilakan kami menjamu selera walaupun kami ini orang
bersalah.Kebetulan kami waktu itu,memenagpun lapar,belum sempat makan kerana
tersasar hingga ke PUTIK mengikut arahan dalam surat.Rupanya Pak Njang Mi
terasa juga hal itu.Dia bersuara,

'eih,rupanya demo ni macam tu no'

'Bokpa de(mengapa)'sampuk
Pak Lang Murah.

'Mu tak perasan ka tadi.depan kita penuh makanan.Demo buleh
tak pelawa kita'

'Haa.le(iya la) Aku dok pike(fikir) jugak ,jawab Pak Lang
Murah.

'teghuk(teruk)rupanya puak ni'

Agar tak lebih jauh mereka kutuk pimpinan,saya potong
perbualan kami kepada nasib yang akan diterima nanti,mengikut Pak Lang Murah.Kalau
begitu sikap pimpinan,sah kami semua akan dopecat.Sayapun fikir begitu bila
melihat kepada  sikap Dato`  Hisyamudin
.Cara dia bertindak,seperti mahu menghukum terus tanpa apa-apa soalsiasat lagi
selepas ini.Keputusan mungkin sudah ada pada mereka.Memanggil kami sekadar
lakonan.

Mungkin,setelah kami dipecat nanti,jika sesiapa
pertikai,mereka sudah ada jawapan.Yakni kami telah dipanggil mengadap AJK
Disiplin.Tetapi cara mereka layan kami,tak akan siapa tahu.Bermakna keputusan
keatas kami kelak,adalah satu keputusan yang tidak telus,apabila saksi dan
bahan bukti tidak mahu dipanggil atau dilihat.

Seperti yang dijangka.Tidak sampai satu bulan keputusan
telah kami terima.Pada  16 Jun 2001,sah saya di pecat melalui surat yang
ditandatangani oleh setiausaha Agong,Ustaz Nasaruddin Md.Isa.Sementara Pak
Njang Mi digantung keahliannya dan Pak Lang Murah diberi amaran.Tindakan keatas
mereka ini diambil sebab mereka  turut
tandatang surat protes mesyurat agung kawasan,sehingga  kawasan terpaksa buat mesyuarat khas.Kes
mereka agak ringan berbanding saya.Bagaimanapun saya tidak terkejut atau
menyesal dengan pememecatan itu.

Peringatan Allahyarham Ustaz Hasan dulu menjadi perangsang
kepada saya.Saya tahu pekara  ini akan
berlaku dan saya tidak marah,tidak malu kerana saya dipecat disebabkan berjuang
menuntut hak dan keadilan bagi balu-balu dan anak yatim Memali.Biarlah orang
lain puas dengan pemecatan saya  dan
hasratnya nak hidup senang,mewah dan megah diatas perjuangan titisan darah dan
nyawa para syuhada.



Bersambung ke siri 26



Dapatkan siri sebelumnya disini

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger