
Biasanya bila saya dan Yusuf Husin pulang bersama-sama dari Alor Setar ke Memali,banyaklah hal di bualkan.Isu DPPNK dan juga MID.Satu malam hampir jam dua pagi sewaktu kami melintasi kawasan Lata Mengkuang,Sik.Yusuf Husin seperti mengeluh menyebut menyebut,'OCPD baru ni mai,banyak bulan dah,tapi tak jumpa anapun,tak macam OCPD lain.'Bila saya tanya mengapa ,dia diam,terus mengalih percakapan ke tajuk lain.Dalam 20 minit selepas itu kami sampai kerumah tanpa Yusuf Husin mengulangi lagi isu tadi.Itulah kali pertama dan terakhir isu itu disebut.Sejak itu,hati saya mula tersentak.Seperti ada yang tidak kena.
Pusingan khayalan saya malam itu terhenti pula pada isu Yusuf Husin dengan seorang korporat.Teringat kembali bisikan orang kampong yang kehairanan.Koporat itu,bukanya bawa lari kereta Mercedes yang dibeli Yusuf Husin padanya.Pemilik kereta itu juga dikatakan nama Yusuf Husin.Rumah yang disewapun bukan atas namanya.Salah satu peti besi ada dirumah Yusuf Husin.Segala perbelanjaan dan perabot rumah sewa di beli oleh Yusuf Husin dengan sedar.Sebelum rahsia terdedah,tidak timbul soal dipukau.Dalam kes ini mengikut bisikan orang kampong,Yusuf Husin juga patut di dakwa kerana bersyubahat.Setelah Yusuf Husin buat report yang dia ditipu,korporat itu dikatakanterpenjara selama dua tahun,tanpa dibawa ke mahkamah.Betulkah? tak ada yang tahu kecuali Yusuf Husin dna pihak Polis serta yang Maha Berkuasa.
Mangsa Memali yang ditahan di Kemunting seramai 35 orang.Kesemua mereka ini di letakkan dalam satu tempat seperti sebuah asrama.Seorang sahaja dari mereka dipisahkan,iaitu Yusuf Husin.
Tidak ada seorang pun dari tahan yang tahu di mana dia ditempat.Mereka hanya bertemu denganya di atas bas ketika dihantar pulang dari Kemunting ke Kg Memali.Bila ditanya kenapa dia diasingkan dengan 34 tahanan lain,jawapannya mudah dan amat lojik.Sebab dia dianggap ketua antara tahanan tersebut.Pihak berkenaan bimbang dia mempengaruhi tahanan lain untuk berontak dan sebagainya.Betulkah alasanya itu atau ada sesuatu yang di sebunyikan.
Klik Sumber:
MEDIA SHAH ALAM
0 ulasan:
Catat Ulasan