MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 4 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 4

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 4



Di samping itu,jualan kaset nasyid pelajar Madrasah Islahiah
dan buku-buku yang saya tulis berkaitan dengan Memali  dan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya juga memberI infak yang besar pada Madrasah Islahiah Diniah.Satu sen pun saya tak ambil
sebagai royalti menulis buku-buku tersebut.Terpulang kepada budibicara Yusuf
Husin.Dimuka akhir setiap buku itu.saya lampirkan borang sumbangan pembaca
kepada Madrasah Islahiah dan Tabung Mangsa Memali.

Hasilnya Madrasah Islahiah Diniah Berjaya mendirikan sebuah
bangunan baru yang terdiri dari bilik darjah dan dewan solat. Pelajar juga
semakin bertambah lebih dari 300 orang.Pelajar asrama lelaki dan perempuan
lebih dari seratus orang.Sewaktu menguruskan kewangan Madrasah Islahiah Diniah
ini saya menetapkan setiap wang keluar lebih dari sepuluh ringgit,mesti ada
invois.Sebelum ini wang keluar tak pernah direkod secara jelas.Bendahari boleh
guna duit secara bebas dengan hanya sekadar maklum pada Yusuf Husin.Yusuf Husin
juga rasanya tidak telus dalam hal ini,kerana wang tunai Madrasah Islahiah
Diniah sentiasa tersimpan di rumahnya tak kurang dari tiga ribu ringgit.

Penyata kewangan tak pernah ujud dan juga juruodit tidak
mengambil tahu perjalanan kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Saya pernah
bertanya kepada salah seorang juruodit,Tuan Hj.Harun Osman,AJK Pas Kawasan masa
itu,kenapa dia tidak  pantau kewangan
Madrasah Islahiah Diniah.Dia tidak menjelaskan apa-apa kecuali berkata’depa ni
susah,biaq kat depa la’.Apa maksud ‘depa ‘ saya pun tak tahu,saya cuba
timbulkan perkara ini pada Yusuf Husin.Dia tak banyak komen.Acuh tak acuh
saja.Macam dia tak berminat bincang isu ini.

Pernah berlaku beberapa kes hilang wang dari almari PIBG
dan juga almari kerani.Peliknya,wang ini tidak diambil semua,sekadar mungkin
keperluan individu berkenaan.Saya sebut pada Yusuf Husin yang saya syak orang
dalam.Dia tidak bersetuju,Saya minta izin padanya untuk membuat majlis baca
yasin dan juga bertemu orang tertentu di pondok Lanai untuk mintak petunjuk
siapa pencurinya.Yusuf Husin tidak benarkan dengan alasan nanti terfitnah kawan
sendiri.

Jadi saya pun diam sahajalah,Begitu juga bila saya sarankan
untuk membuat laporan polis,Yusuf Husin tak setuju dengan alasan boleh
memalukan pihak Madrasah Islahiah Diniah,Selang tak berapa lama,Yusuf Husin
mintak saya serahkan semula urusan kewangan kepada bendahari Madrasah Islahiah
Diniah,Saya akur.Dalam diri saya sudah timbul rasa kurang senang,seperti ada
sesuatu yang tak kena.Saya amat bimbang takut berlaku salahguna wang orang
ramai,pasti kecewalah para penyumbang.

Kebanyakan sumbangan pada masa itu melalui money order yang
bernilai RM 10,RM 20,RM 50 dan ada juga RM 100,kadang-kadang money order ini
kosong tanpa sebarang catatan atau ada catatan tetapi di tinggalkan kosong pada
ruang penerima.Dengan ini,siapa pun boleh ambil dengan menulis namanya

.Diwaktu
Madrasah Islahiah Diniah dan  KOMID
bergerak maju,Saya diberi tugas baru oleh Yusuf Husin,dia mengumumkan pada
kakitangan Madrasah Islahiah Diniah yang saya tak terlibat lagi dengan urusan
pentadbiran.Saya diberi tugas sebagai pegawai Perhubungan Luar.Hal-hal
berkaitan pentadbiran,kewangan dan kurikulum Madrasah Islahiah saya tak boleh
campur tangan.Yusuf Husin berkata urusan itu akan diambil alih oleh seorang
penyelia.Sebelum ini tidak pernah ada jawatan penyelia.Saya yang cadangkan
padanya supaya mengujudkan jawatan penyelia itu.Dia amat bersetuju.

Tahun 1995,saya terpaksa menumpukan sepenuh masa untuk KOMID
dan juga urusan bengkel jahitan balu-balu Memali(BJM)

Hati kecil saya  masih
tertanya kenapa Yusuf Husin tidak membenarkan saya mencampuri hal
pentadbiran,kewangan dan kurikulum Madrasah Islahiah Diniah.Lebih mengejutkan
lagi,apabila penyelia yang dimaksudkannya itu adalah dirinya sendiri.Bermakna
mulai tahun 1995 itu,Yusuf Husin memegan dua jawatan penting di Madrasah
Islahiah Diniah,Setiausaha dan juga Penyelia.Sesuatu yang tidak pernah dibuat
orang.Mungkin orang lain menganggap ini sabagai satu yang lucu.tetapi tidak
pada Yusuf Husin,kerana dia ada matlamat.

Sungguhpun ada lembaga tadbir,tapi kuasa sebenar di tangani
Yusuf Husin.Bila orang bertanya status Madrasah Islahiah Diniah,Yusuf Husin
akan mengatakan Madrasah Islahiah Diniah berada di bawah Pas Kawasan Baling.Sedangkan
Pas Kawasan tak pernah ambil peduli urusan Madrasah Islahiah Diniah.Apabila
berlaku masalah,Yusuf Husin akan menuding jari pada Pas Kawasan.Bebanan dari
kerjanya yang bermasalah itu terpaksa dipikul oleh Pas Kawasan.Dia mencari
jalan selamat.

Sepanjang berkhidmat di Madrasah Islahiah Diniah,saya tidak
melepaskan jawatan Exco DPPNK.Saya tidak mahu memutuskan hubungan dengan
pimpinan pemuda negeri Kedah,juga lain-lain negeri.Saya gunakan kedudukan itu
untuk promosi Madrasah Islahiah,KOMID,dan Bangkel jahitan  Memali.,kalau tidak mengenali orang-orang ini,sukar saya nak adakan program
di beberapa negeri.Sewaktu menjadi pengarah PASTI Kedah,saya telah berusaha
melobi Ajk PASTI pusat  agar mengadakan
Ijtimak PASTI Malaysia kali ke 2 di Memali.

Sungguh menghairankan,sebelum itu apabila saya ajukan
keputusan PASTI  pusat untuk adakan
ijtimak di Memali dalam mesyuarat DPPNK,Yusuf Husin selaku ketua DPPNK pada
mulanya tidak setuju dengan cadangan tersebut.Alasanya,bimbang saya dan PASTI
Kedah tak mampu mengandalikan program itu.Oleh kerana semua ajk lain
bersetuju,Yusuf Husin terpaksa setuju.Di luar mesyuarat,dia beritahu saya yang
dia tidak mahu campur program itu.saya terima itu sebagai satu cabaran untuk
membuktikan saya boleh uruskan tanpa bantuan darinya.

Alhamdulillah,program pada 29 dan 30 Mac 1996 ini berjalan
dengan lancar atas sokongan banyak pihak ,khususnya Pasti Negeri dan
Kawasan,Unit Amal Negeri dan Kawasan juga ahli-ahli Pas disekitar Memali.Ckgu
Noh Ahmad,Pangarah Pasti  Pusat sangat
berpuas hati,apabila program itu dapat menghasilkan lima ribu ringgit untuk
Pasti Pusat.

Bila Yusuf Husin kembali bertugas semula di Memali dan tidak
membenarkan saya campur tangan di Madrasah Islahiah Diniah,kecuali KOMID( Koperasi Madrasah Islahiah Diniah) Dan Bangkel Jahitan  Memali,hati saya
tak pernah tenang.Apakah agenda sebenar Yusuf Husin di sebalik ini.Dalam
perbualan saya dengan Setiausaha Perhubungan ketika itu,allahyarham Ustaz
Suhaimi Hj.Ahmad,saya di beritahu yang Yusuf Husin beberapa kali jumpa
allahyarham Ustaz Fadzil merayu untuk pulang ke Madrasah Islahiah Diniah.

Mulanya allahyarham tidak benarkan kerana saya dah ada untuk
uruskan Madrasah Islahiah.Untuk menyakinkan allahyarham,akhirnya Yusuf Husin
membuat cerita yang saya tidak dapat diterima oleh guru Madrasah Islahiah dan
banyak menimbulkan masalah dalam pentadbiran.Dia terpaksa kembali menyelesaikan
masalah di Madrasah Islahiah.Untuk itu dia meminta pulang dalam tempoh setahun
sahaja.

Apakah yang mendorong Yusuf Husin cuba memburukan saya dan
menghalang saya dari beri khidmat di Madrasah Islahiah Diniah.Tidak lain adalah
nafsu,Nafsu untuk berkuasa dan tidak mahu melihat orang lain
melebihinya.Kadang-kadang Yusuf Husin cuba perkecilkan kerja-kerja saya bawa ke
dalam mesyuarat DPPNK.Sehingga Saudara Basir Ismail,bendahari DPPNK waktu itu
menegur sikap Yusuf Husin yang tidak rasional.Sedar yang dia tidak boleh
pengaruhi,kawan-kawan dalam DPPNK,Yusuf Husin tidak lagi perlekehkan hal saya
di depan mereka.

Hubungan saya dengan penduduk kampong Memali dan juga kakitangan
Madrasah Islahiah Diniah cukup mesra.Apa juga perubahan yang saya cuba lakukan
dalam Madrasah Islahiah Diniah serta PAS cawangan mereka sokong,Saya sedar nama
saya mula di sebut oleh penduduk dan waris pelajar Madrasah Islahiah .Saya
sudah menjadi perhatian dan harapan mereka.Sebenarnya saya tidak mintak di
sanjung,cukup hormati dan sokongan terhadap kerja buat saya untuk memajukan
Madrasah Islahiah Diniah serta menjaga kebajikan keluarga syuhada.Hasrat saya
untuk melihat suatu hari pelajar Madrasah Islahiah Diniah belajar secara
percuma dan elaun guru mencecah empat angka.


Kerana itu saya perlu sokongan semua pihak samada guru,waris,penduduk
Memali dan sekitarnya juga ahli Pas seluruh Negara.Dengan sokongan kuat oleh
Ustaz Ishak,Cikgu Khotub,Ustazah Salmiah,Ustazah Fahkriah,Ustazah
Mashitah,Ustazah Azura,Ustazah Rohani,mudir dan ramai lagi,Madrasah Islahiah
Diniah bergerak maju. Dalam mesyuarat samada Lembaga Tadbir atau kakitangan
Madrasah Islahiah Diniah,di akhir keputusan banyak yang merujuk pada saya,tidak
pada  Yusuf Husin seperti sebelum ini.

Yusuf Husin mulai sedar dan dia pernah merungut hal ini pada
saya dengan sedikit rasa kecewa.Keadaan bertambah rumit lagi bila saya hadir ke
mesyuarat DPPNK.Kawan-kawan sering bergurau di hadapan Yusuf Husin dengan
memanggil saya ‘penghulu Memali’. Masam juga muka Yusuf Husin mendengarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger