MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 20 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 20

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 20



Anggapan
saya bila berlaku repot ini,semua akan tenang dan menyerahkan pada pihak polis
menjalankan siasatan.Rupanyan tidak.Majoriti pimpinan dan ahli Pas khususnya di
Kedah,tidak dapat menerima hakikat.Lebih-lebih lagi UMNO/BN membesarkan isu
ini.Keadaan ahli PAS  di Memali makin
gawat.

Berpecah
kepada kumpulan Yusuf Husin dan Cik Gu Non(Saya) kalau tidak di bendung,boleh
sampai gaduh besar.Seperti biasa
Yusof  Husin,apabila berlaku
masalah di Madrasah Islahiah Diniah,maka jarinya menghala kekawasan atau
negeri.Dia Berjaya meyakinkan kawasan dan negeri yang dia di jalan yang betul.

Beberapa
orang ajk kawasan di minta membantunya mengemaskinikan akaun sekolah.Yang tak
betul di betulkan,yang tak ada di adakan.Mereka ini bukanlah untuk membantu
Yusuf Husin,tetapi kononya nak menyelamatkan maruah Madrasah Islahiah  Diniah dan Parti.

Seolah-olah
bila Yusuf Husin di Hukum,seluruh orang Pas terhukum,Pas akan malu selamanya
dan tak akan dapat sokongan rakyat dalam pilihanraya nanti.Di waktu yang sama
ini,saya di kecam pada setiap sudut.Kalau dulu saya pernah di tuduh sebagai
SB,sekarang sudah naik pangkat kepada agen UMNO dan CIA.



Bermula dari pimpinan pusat,pemuda pusat
perhubungan negeri,kawasan dan pemuda
kawasan,ada sahaja yang mengatakan saya agen CIA.

Hinggakan
satu ketika,tak berani untuk saya jawab panggilan talipon.Ada saja maki hamun
yang keluar.Menuduh saya pengkianat,munafik dan gila duit.Kononya  saya menerima ratusan ribu dari UMNO.Pernah
sekali saya menghantar anak ke Madrasah Nur Hidayah,Tembak.Seorang waris yang
tidak mengenali saya bertanya  di mana
tempat tinggal saya.Bila di beri tahu tinggal di Memali,terus dia
berkata,”Cikgu Non tu Umno bagi berapa juta ha?”.Sepatutnya dia tanyalah dulu
samada saya kenal atau tidak dengan Cikgu Non.Begitulah bila dah fanatik.

Pemimpin Pas
yang benar-benar emosi adalah Ustaz Fadzil Nor.Dia benar-benar di pengaruhi
oleh Yusuf Husin.Pemimpin lain seperti Tuan Guru  Nik Aziz dan juga Haji Hadi,minta ahli
bertenang  dan serahkan pada pihak
Polis  buat siasatan.Pendekatan ini tidak
di ambil oleh Ustaz Fadzil Nor .Ada juga rakan-rakan yang sama dalam Exco DPPNK
dulu,berjumpa saya  minta maaf  kerana katanya dia tahu saya benar  tetapi terpaksa ikut  jemaah.Saya
hanya  berterima  kasih saja atas keiklasannya itu.
Ada juga
kawasan keluarkan pekeliling pada cawangan menyebut pekara yang sama.Bermakna
seperti  sudah ada arahan bahawa isu
repot ke atas Yusuf Husin itu,berada dalam tanggungjawab parti.

Lebih kurang
dua minggu selepas repot,inspektor Asma memanggil saya untuk menjelaskan
perkembangan terkini kes itu.Menurutnya, kes saya telah di ambil  alih oleh pihak Bukit Aman,dia dan IPD Baling
sudah tiada   apa-apa kuasa lagi.Mulai
hari itu ,apa-apa masalah saya  di minta
rujuk kepada pihak tertentu.

Inspektor
Asma sendiri akui yang dia rasa hairan,kenapa
kes ini menjadi perhatian Bukit Aman.Biasanya mereka di IPD sahaja yang
mengedalikannya.Saya pernah di Hubungi oleh seorang ASP dari IPK ,Alor Setar
.Namanya saya sudah lupa.Dia arah saya menemuinya di IPK Alor Setar.

Seperti yang
di janjikan saya pergi untuk menemuinya di tingkat dua.Sampai saja saya,dia
siap menunggu di bawah dengan perkenalkan dirinya(bangsa cina).Secara ringkas
yang pihaknya  telahpun buat siasatan
awal tentang tabung Memali.mengikut apa yang
mereka siasat ,memang tiada rekod yang jelas sejak tabung itu ditubuhkan
pada tahun 1986 hingga2000,kalau dibawa ke Mahkamah,bila-bila saja tertuduh
boleh di hukum,Seperti juga Inspektor Asma,dia memberi tahu pada saya,’you datang
hari ini saja’lepas ni jangan jumpa saya lagi,sebab kes ini Bukit Aman sudah
ambil alih’.Memang benar,itulah kali pertama dan terakhir saya jumpa dia.

Pada 14 ogos
2000,beberapa orang saksi di panggil oleh pihak polis dari Bukit Aman.Antaranya
balu dan beberapa orang Ajk Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah Diniah.Soalsiasat
ini di lakukan di Balai Polis Tanjung Pari.Saksi yang paling lama di Soal
siasat adalah Puan Solehah,itu pun setengah jam,lain-lainya lingkungan beberapa
minit sahaja,di katakan itulah satu-satu soal siasat yang di buat,selepas itu
senyap hingga sekarang.

Pada media
di katakan kes masih dalam siasatan,begitu juga pada saya.Sedangkan waktu itu
,Yusuf Husin mengadakan roadshow seluruh Kedah,memberitahu kesnya sudah selesai
dan pihak polis cadangkan dia membuat saman malu terhadap saya.
Saya memang
menunggu saman itu bila-bila sahaja,kerana banyak lagi yang saya nak
dedah.Tetapi tidak berlaku hingga hari ini.

Yusuf Husin
tidak akan berani berbuat begitu kerana dia lebih mengenali dirinya
siapa.Samalah juga dengan keinginan saya untuk menulis buku tentang
pengalamannya dalam peristiwa Memali,tetapi dia tidak mahu dengan alasan dia
akan tulis sendiri.Hingga hari ini masih belum keluar buku tentangnya,kenapa
dia seperti takut mendedahkan kisahnya itu?.

Saya sendiri
rasa sesuatu yang tak kena.Telah berbulan tidak ada apa-apa perkembangan,saya
tidak dapat merujuk pada sesiapa lagi,bila IPD sendiri kata mereka tak tahu
apa-apa.Merujuk kepada tuduhan,semestinya antara saksi yang perlu di panggil
oleh pihak Bukit Aman adalah saya sendiri,anak-anak syuhada,Pengerusi atau
bendahari Kohilal,pihak HPA yang membeli mesin jahit dan individu yang di beri
wang oleh Yusuf Husin.

Tetapi semua
ini tidak di panggil untuk soal siasat,kenapa? Memang ada niat saya untuk
membuat satu repot terhadap pihak polis,kerana tidak menjalankan siasatan rapi
terhadap repot itu.Dengan tiadanya siasatan rapi itu,fitnah terhadap saya makin
tersebar.
Saya percaya
dengan keterangan Asp dari IPK,akaun Tabung Mangsa Memali dan kewangan Madrasah
Islahiah Diniah dari tahun 1986 hingga 2001 itu bermasalah.Lihat sajalah pada
penyata kewangan untuk tahun 1996.Akaun di pecahkan pada dua.Satu
akaun’madrasah’yang di tandatangan oleh pengerusi ,   

Setiausaha
dan bendahari Madrasah Islahiah Diniah,sementara pada akaun’sekolah’ pula di
tandatangan oleh Penyelia,Mudir dan Timbalan Mudir.Kedua-dua akaun ini  tidak
di odit.Sementara  orang yang sama
iatu Yusuf Husin memegan dua jawatan,Penyelia sekolah dan setiausaha Madrasah
Islahiah Diniah .Begitu juga dengan
Zaman Mahmud sebagai Bendahari Madrasah Islahiah Diniah dan Timbalan
Mudir sekolah.Bermakna akaun sekolah tidak ada bendahari



Bersamabung siri 21


Untuk rujukan-Sila lihat muka surat 73-77


Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger