MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 21 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 21

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 21



Lihat pula pada ruangan perbelanjaan akaun kedua-duanya ada pengeluaran untuk alat tulis,peralatan pejabat dan perlalatan sekolah.Sedangkan pejabat,kelas dan asrama hanya satu.Samada sekolah atau madrasah yang itu jugalah yang diguna,jadi item yang sama berada dalam akaun yang berbeza.Kekeliruan juga berlaku pada akaun sekolah yang tidak dicatat bayaran  untuk bil letrik,air dan talipon.Sedangkan yang banyak menggunakan letrik,air dan talipon sudah tentu sekolah kerana disitu  ada pejabat(untuk talipon) kantin dan asrama(air dan letrik).Apakah pihak TNB dan JPA memberi khidmat percuma pada sekolah dan kena bayaran hanya pada madrasah?



Begitu juga kalau di perhatikan pada akaun madrasah ada tercatat baki tahun 1995 sebanyak RM30,211.54.Sebaliknya pada akaun sekolah tidak tercatat baki 1995.Kenapa? Adakah satu sen pun tak ada atau kalau berhutang perlu catatan hutang.Pada Akaun Madrasah,tercatat di item pendapatan untuk Tabung Mangsa Memali sebanyak RM38,503.65.Pada perbelanjaan pula tercatat RM35,409.10.Setelah ditolak antara pendapatan dengan perbelanjaan,patutnya berbaki RM3094.00.



Tetapi,kenapa pula pecahan di bawah kaki penyata mencatatkan baki untuk Tabung Mangsa Memali sebanyak RM51,878.17.Bagaimana Yusuf Husin menjelaskan pekara ini kepada Bukit Aman tidak nampak penyata ini atau sekadar pandang sebelah mata.



Banyak lagi tanda Tanya yang timbul pada akaun satu tahun itu sahaja (1996) .Itu baru satu tahun,bagaimana pula dengan akaun  lagi 14 tahun(1986 hingga 2000).Bagaimana Yusuf Husin begitu berani memberi hutang kepada satu syarikat perniagaan Jitra Pot  dengan jumlah yang begitu besar,RM90.000.00.



Begitu penat saya memikirkan menerbit buku dan setiap helian buku di sertakan dengan rayuan sumbangan dari orang ramai,juga amat penat saya dan ustaz juga ustazah turun kebeberapa negeri merayu sumbangan dari orang ramai dan betapa iklasnya orang-orang kampong Memali dan sekitar menghulurkan derma dimusim buah untuk Madrasah Islahiah Diniah.Bukanya untuk diberi hutang pada sesiapa.Saya juga tidak dengar yang Bukit Aman ada menemui bekas pemilik syarikat ini untuk memastikan kesahihan seperti yang tercatat dalam akaun tersebut.



Syarikat Jitra Pot.tidak ujud lagi hari ini kerana sudah lebih sepuluh tahun gulong tikar.Pemiliknya saudara Basir telah membuka syarikat baru.Ada juga orang salah faham bahawa Jitra Pot itu hak milik Dr.Azizan pengasas Syarikat Era Edar di Jitra.Sebenarnya tidak ada kaitan langsung antara dua syarikat itu.Kebetulan saudara Basir adalah ipar kepada Dr.Azizan.Pernah bekerja sebagai Pengurus Besar Di Era Edar dan berhenti membuka perniagaan Jitra Pot.Syarikat milik orang Islam pertama yang mengeluarkan penapis air minuman.



Tarikh 29 Ogos 2000 satu anugerah besar telah diperolehi oleh Yusuf Husin dari Presiden Pas,Ustaz Fadzil Nor.Yusuf Husin telah menyusun satu program menghimpun pimpinan dan ahli Pas Kawasan Baling mendengar taklimat dari Ustaz Fadzil Nor tentang isu berbangkit.

Program itu bertempat di Dewan Madrasah Islahiah Diniah.Hampir seribu orang juga yang hadir.Mulanya saya tidak hadir dalam majlis.Saya dan hampir tiga puluh lagi mangsa dan balu  Memali berkumpul dirumah Kak Ah,isteri As Syahid Ustaz Ibrahim Libya.Kami berharap Ustaz Fadzil Nor akan datang bertemu balu-balu disitu untuk perbincangan.



Ustaz Fadzil Nor dimaklumkan melalui surat Kak Ah yang disampaikan terus kepada Ustaz Fadzil Nor oleh wakil Kak Ah sebaik saja Ustaz Fadzil Nor sampai di halaman Madrasah Islahiah Diniah.Malangnya wakil yang kami hantar majlis itu datang memberi tahu,bahawa Ustaz Fadzil Nor sudah beri tahu yang dia tidak ada masa melayan balu.



Dalam ucapannya juga Ustaz Fdzil Nor mengatakan saya bukan ahli Pas dan dia tidak kenal saya.Entah dari hutan mana saya datang.Juga dikatakan bahawa anak yatim sudah tiada lagi.Mereka dah besar-besar belaka.Bila mendapat maklumat ini,didesak  pula oleh anak seorang anak syuhada supaya pergi bercakap dalam majlis,maka saya pun pergi.



Turun dari motor,dengan mencelah orang ramai,saya terus kepentas utama.Waktu Itu Cikgu Nasir  sedang menjelaskan kedudukan wang yang dia pinjam dari Madrasah Islahiah Diniah sebanyak RM10,000.00.Nampak saja saya masuk dia berhenti bercakap serta merta dan menyerahkan mikrofon kepada pengerusi majlis,saudara Sobri Awang petugas di JPN negeri.



Pertama sekali saya keluarkan kad ahli Pas seumur hidup.Tujuan adalah untuk membuktikan saya ahli Pas.Kemudian saya minta untuk bercakap dalam masa 10 minit sahaja.Pengerusi enggan beri, tetapi di izinkan oleh Ustaz Fdzil Nor.Dalam ucapan ringkas itu,saya merayu pada pimpinan Pas pada semua peringkat,bahawa saya membuat repot polis atas nama Mohamad Yusuf  bin Husin,bukanya atas Parti Islam Se Malaysia.Oleh itu saya minta semua orang faham dan mengambil sikap seperti Tuanguru Nik Aziz dan juga Haji  Hadi bahawa isu ini di serahkan pada pihak polis membuat siasatan.Jika salah hendaklah di hukum dengan adil.



Berita harian 9 Ogos 2000 mengiakan komen tokguru”saya setuju sangat kalau pihak polis menjalankan apa saja siasatan berhubung kes seperti itu,kerna cara demikian akan dapatmenyelesaikan segera sebarang syakwasangka terhadap sesuatu pihak.Langkah itu juga akan menentukan mereka yang bersalah menerima hukuman’.



Sementera Ustaz Fadzil Nor dalam komennya di akhbar yang sama berkata,’Tabung berkenaaan mempunyai laporan lengkap mengenai kedudukan kewangan.Penyelewengan dan pecah amanah tidak berlaku kerana pekara itu di kendalikan satu jawatankuasa kawasan yang bertanggungjawab.’

Ucapan saya dalam majlis itu tidak sampai lima minit,sekadar mengingatkan saja kerana saya tidak boleh emosi untuk berhujah balas di tengah dua penyokong yang sedang berang.Pasti mendatangkan kesan burut dan saya terpaksa memikirkan juga keselamatan Ustaz Fadzil Nor.Ikut hati memang geram juga pada pengerusi,kerana menyebut perkataan’dia kata ahli Pas’bila saya mengeluarkan kad ahli Pas seumur hidup.



Dia Cuma menafikan dengan tujuan mengelirukan hadirin,sedangkan saya ahli Pas yang sah.

Yusuf Husin lebih tahu samada saya ahli Pas atau tidak.Saya pernah sama-sama menjadi Ajk DPPNK antara tahun 1991 hingga 1995.Jawatankuasa kawasan juga tahu yang saya ahli Pas.Pada 27 Mei 2000 mereka hantar surat kepada setuausaha agong mencadangkan saya dipecat dari keahlian.



Tercatat di situ nama saya,nombor kad pengenalan dan nombor keahlian 265671.Kalaulah saya jelaskan ucapan Ustaz Fadzil Nor mendakwa tidak kenal saya.lagilah kecuh majlis.Dimana Ustaz Fdzil Nor nak letak mukanya.



Bagaimanapun,saya masih ada perasaan hormati pemimpin serta sedar ini permainan jahat Yusuf Husin.Sewaktu menjadi  wartawan Harakah kami sering bertemu.Berpuluh kali saya wawancara Ustaz Fdzil Nor dalam berbagai isu.Dia tidak memanggil saya ‘Cikgu Non’ seperti orang lain,hanya panggil ‘Non’ begitu juga panggilan Yusuf Husin terhadap  saya.









Panggilan itu saya senangi,sebab saya sudah berhenti dari guru.

Ada orang kata saya samseng,jahat dari muda sampai tua.Ya,saya akaui.Demi islam  saya akan samseng.Samseng dengan akhlak mujahid,bukan seperti mujahat.



Demi membela kebenaran dan keadilan serta mencegah kemungkaran saya sanggup jahat.Jahat yang di izinkan oleh agama seperti yang ditarbiah oleh Pas sepanjang berbelas tahun saya dengan Pas.Umpamanya demontrasi jalanan ,ada orang kata kerja itu kerja samseng,kerja orang jahat.Biarpun orang kata  samseng dan jahat,itulah antara uslub dakwah selagi ia bertujuan membela kebenaran dan agama.

Di hadapan Ustaz Fadzil Nor hari itu,memang saya boleh bersikap samseng,tapi matlamat saya bukan untuk mencari gaduh dengan pemimpin kawasan atau negeri.Isunya adalah Yusuf Husin pecah amanah wang Madrasah Islahiah Diniah dan Tabung Mangsa Memali.



Alhamdulillah,saya dapat menahan sabar walaupun terdengar ucapan balas Ustaz Fadzil Nor dalam perjalanan meninggalkan majlis.Ketika itu sudah kedengaran suara menjerit,takbir dan sedikit pergaduhan kecil.Jika saya ada,pergaduhan boleh merebak.Kereta Ustaz Fadzil Nor pun sudah ada yang mula ketuk.Dalam ucapan balasnya Ustaz Fadzil Nor menyebut”Pak Cop” (Yusuf Husin) adalah seorang petugas parti.Seorang yang gigih,kuat berkerja untuk parti.Bila berlaku apa-apa padanya,maka kita akan bersama-sama dengannya,memberi sokongan padanya.Apa lagi bila berlaku fitnah yang begini besar padanya.Sebab itu kita turun pada hari ini untuk memberi penjelasan sebenar apa yang sedang berlaku.’



Inilah yang saya maksudkan bahawa Yusuf Husin telah mendapat satu anugrah besar dari Ustaz Fdzil Nor.Sudah tentu,Yusuf Husin yang turut berada dalam majlis itu,boleh mendabit dada.Ap lagi nak,seorang presiden telah mengumum dia bersama Yusuf Husin,bahaw aPas tak akan terima sama sekali yang Yusuf Husin melakukan pecah amanah.seperti yang disebut oleh Ustaz Fadzil Nor,repot saya itu sebagai fitnah besar pada Yusuf Husin.



Inilah hipokritnya setengah pimpinan Pas.Bila kes begini berlaku kepada orang Umno cepat-cepat mendesak pihak polis,SPRM dan pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan segera.Menghukum sebelum peguam sempat memfailkan kes ke mahkamah.



Apabila terkena pada ahli sendiri terutama orang-orang yang di sayangi atau kroni,belum lagi polis membuka fail siasatan, sudah membuat keputusan itu sebagai fitnah.Seolah-olah mereka ‘maksom’ lebih mulia dari Nabi.Apabila memberi kuliah,di singkapkan sejarah bagaimana Nabi pernah berkata,’ jika Fatimah, anakku membuat kesalahan,pasti akan dihukum”.Peringatan ini untuk siapa amalkan,apakah hanya untuk ahli kuliah atau Umno?.



Bersambung siri 22

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger