MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 22 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 22

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 22


Pengarang buku Air Mata DiBumi Memali



siri-siri sebelumnya boleh didapati disini
Pengiktrafan oleh Ustaz Fadhil Nor yang Yusuf Husin ini difitnah oleh saya,pasti membuka ruang lagi untuk Yusuf Husin berusaha gigih menyingkirkan saya,Dalam mesyuarat agong khas kawasan pada 25 Mei 2000,SU Perhubungan Negeri terang-terang mengangkat ekor Yusuf Husin apabila membuat jaminan dia akan mabil Yusuf Husin ke negeri jika Kawasan Baling tidak mahu Yusuf Husin.Jaminan ini bukan sahaja mengimbarakan Yusuf Husin,juga merendahkan maruah kawasan baling.Patutnya negeri kena siasat dengan minta laporan dari kawasan,kenapa mereka menolak Yusuf Husin.Ini tidak,diberi kedudukan yang lebih baik pada Yusuf Husin.



Mana lebih besar.mana lebih berkuasa antara negeri dan kawasan.Dengan kedudukan itu,maka desakkan demi desakkan dilakukan olehnya keperingkat jawatankuasa Disiplin agar tindakkan pecat keatas saya di percepatkan.



Beberapa hari selepas isu report ini tersebar dalam akhbar,saya di datangi oleh pengarah Keda Negeri dan juga Kawasan Baling.Mereka ditemani oleh saudara Khotib Jais,seorang kontraktor kecil yang tinggal tidak jauh dari MID.



Tujuan mereka adalah untuk memberi beberapa projek mini tar disekitar kampung Memali dan sekitarnya.Katanya mereka diarahkan kementerian.Saya tak buat keputusan,hanya berjanji akan bincang dengan ramai lagi kawan-kawan.Esok petang saya mengumpulkan beberapa orang penting untuk berbincang pelawaan Keda itu.Kebetulan,adik Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,Ustaz Rusdi turut serta.Pandangan dan nasihat kami terima,yakni menolak apa juga bantuan yang cuba disogok oleh mana-mana pihak,supaya tidak menambahkan fitnah yang sedia ada.

Isu ini antara yang dilakukan oleh Yusuf Husin kepada pihak atasan yang saya membawa masuk orang UMNO,menjadi agen UMNO.



Pernah mengadakan perjumpaan dengan orang Keda di rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Begitulah fitnah yang berterusan dari Yusuf Husin terhadap saya.
Sepuluh hari selepas Ustaz Fadhil Nor turun ke Memali,Yusuf Husin susun pula ceramah besar-besaran MS di Madrasah Islahiyah Diniah.Pentas diadakan tidak jauh dari rumah saya,lebih kurang 100 meter.Pembesar suara suara seperti sengaja dihalakan kerumah saya.

Ucapan MS pada malam 7 September 2000 itu jelas kedengaran,sungguh bersemangat dia membela Yusuf Husin.
Boleh kata ucapanya pada malam itu dengan niat memujuk balu dan mangsa Memali agar tidak bersama saya,



Kerana dituduh UMNO menjadi dalang di balik isu yang timbul.Sayapun tak banyak ambil perhatian terhadap ucapannya.Lebih banyak berbual dengan pemandu MS dan seorang lagi menemaninya dari Kuala Lumpur.Kereta mereka juga diletakkan dihadapan rumah saya.Ramai juga yang merunggut,kenapa MS sedang hentam saya dipentas,pemandunyapula berada dirumah saya.



Sebenarnya sahabat saya Abdul Razak dan Mokhtar yang tinggal di Subang.Tempat lepak saya dan juga MS sebelum dan semasa menjadi ahli Parlimen dulu.

Saya pesan kepada mereka ini,selepas MS ceramah nanti bawa dia kerumah saya,ada mangsa dan balu-balu nak jumpa dia untuk memberi beberapa penjelasan.



Difahamkan,MS enggan singgah kerumah saya.Alasannya dah tengah malam,letih dan nak pulang jauh lagi.Kalau dia datang,hanya yang saya sebutkan,adakah dia lupa yang dia sendiri bertanya saya,dimana Yusuf Husin ambil duit beli kereta ,baiki rumah dan pergi umrah?Repot saya itulah jawapannya.Dia pecah amanah Tabung Mangsa Memali.Antara ucapan MS yang saya kecewa sekali,bila dia menyebut "kita bila bergaduh anak bini,janganlah dok pi cerita kat orang,kita selesai la dalam rumah tangga kita,maluuu la sama"-sila lihat siri 21 



Singktan MS=Mohamad Sabu



Setelah selesai membaca kongsikan lah di mana-mana laman sosial ,tidak bubuh sumbernya tidak mengapa..dan jangan lupa like lah bagi semangat kat saya menyalinnya ,,banyak lagi yang belum siap..

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger