MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 27 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 27

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 27


Pada 02 Ogos 2001 merupakan tarikh bertuah buat
saya.Terpilih juga akhirnya saya untuk melalui ujian yang mengerunkan.Satu
ujian yang pernah disebut oleh Karpal Singh sebagai'neraka dunia"Memang
mengerunkan.Ditangkap dengan kasar,di telanjangkan,di kurung seorang diri
dengan mata sering tertutup,tidak kenal siang atau malam,tidak boleh berhubung
dengan dunia luar dan tidak akan dibicarakan.Itulah tangkapan maut ISA.

Saya tidak berhajat mengisah pengalaman sepanjang lima tahun
dua bulan ditahan bawah ISA..Sampai masa,buku tentangnya akan menemui
anda.Hanya yang akan di timbulkan dalam buku ini perkara yang ada kaitan dengan
Memali dan Yusuf Husin.Salah seorang yang menyoal siasat saya selama 56 hari
sebelum di bawa ke KEMTA,adalah SB yang pernah soal siasat Yusuf Husin.Seorang
yang mungkin ketua kumpulan dari 6 orang SB itu pula mendakwa pernah terlibat
secara langsung dalam peristiwa Memali.Sebab itu dia amat marah dengan saya
,kerana menulis buku perisai Memali kisah Pak Teh Md.Piah.Mengikutnya kerana
terlampau marah dengan buku itu,dia koyakanya.

Dia juga memuji saya,kononya saya berani tegur pemimpin.Dia
dapat maklumat pada hari majlis bersama Ustaz Fadzil Nor di Madrasah Islahiah
Diniah dulu,saya merampas mikrofon ketika Ustaz Fadzil Nor tengah berucap.Malas
saya nak betulkan faktanya yang salah itu.Otak saya ketika itu berligar
macam-macam masalah.Lepas sebulan mengambil berbagai maklumat dari saya,mereka
mulalah nak bersembang dan ajak saya bermain.Walaupun siasatan keatas saya dah
habis,tapi kena tunggu hingga tempoh 60 hari untuk dapat arahan samada
dibebas,buang dearah,atau di bawa ke KEMTA.Masa yang ada itu,bolehlah berbual
apa-apa saja.

Biasanya mereka nak ajak berborak tentang isu
politiklah.Yang kena hentam teruk,Ulamak dalam Pas.Yang dipuji pula Siti
Norhaliza.Konon Siti ini artis bersopan santun,anak bapa.
Bila siti kahwin,di katakan Siti jahat pula,sebab rampas
suami orang.Kesempatan ini saya ajak mereka bersembang tentang peristiwa
Memali.Pertamanya tentang tempat dimana Yusuf Husin ditangkap.Sehingga tidak
ada seorang pun mangsa Memali yang tahu dimana Yusuf Husin ditahan.Ada yang
berkata di dalam kawasan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya dan ada yang
mengatakan diluar kawasan.

Yang berkata berlaku tangkapan Yusuf Husin dalam kawasan rumah
,tidak pasti pula tempat yang tepat.Ada kata disebalik rumpun pokok -pokok kopi
dan ada juga yang berkata didalam jamban.Satu maklumat yang boleh diterima
seperti apa yang diceritakan oleh saudara Mohamad Khoiri Azmi.Hari tragedi 19
November 1985 itu,dia yang masih remaja turut berada di dalam kawasan rumah
Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Apabila keadaan mula kelam kabut,dia terdengar
suara Yusuf Husin sedang memanggil beberapa orang ikutnya keluar.

Yusuf Husin mengajak sekurang-kurangnya sepuluh orang
mengikutnya keluar dengan alasan untuk menyerang pihak polis dari arah
belakang.Mulanya lebih dari sepuluh orang yang cuba ikut Yusuf Husin
Keluar.Bagimanapun beberapa orang masuk semula,kerana mereka teringat pesanan
Asyahid Ustaz Ibrahim Libya supaya hari itu jangan sesiapa pun keluar dari
rumahnya.Menurut Asyahid Ustaz Ibrahim Libya,pintu syahid sedang terbuka luas
untuk mereka.

Salah seorang yang Mohd.Khoiri masih ingat adalah saudara  Ahmad Ayob,salah seorang mangsa yang cedera
parah terkena tembakan polis,tetapi tidak meninggal.Mohd.Khoiri dan beberapa
orang lagi,mengikut Yusuf Husin keluar menyeberangi jalan raya menuju kesebuah
rumah kecil bertentangan rumah Asyahid Ustaz Ibrahim Libya.Mereka berlindung
dirumah itu.Mohd.Khoiri hanya berbekalkan lastik untuk pertahankan diri.Semasa
berlindung dibawah rumah tersebut,perhatiannya tertumpu dihadapan dengan lastik
siap sedia ditangan.

Bersambung siri 28--sila lawati siri-siri sebelum ini disini

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger