MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 26 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 26

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 26


Saya mengambil sikap berjuang untuk Islam.Perjuangan saya
ini boleh di teruskan walaupun tidak menjadi ahli .Mungkin saya rugi kerana
tidak berpeluang untuk menjawat jawatan dalam parti.tak boleh menghadiri
sebarang mesyuarat dan mengikut program anjuran parti.Itu bukan matlamat saya
lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang,arah atau hala tuju Pas tidak
jelasseperti dulu.Biarlah saya tawakuf dulu.Dalam masa yang sama,saya tidak
pernah menghasut atau meminta sesiapa dari ahli keluarga hatta isteri-isteri atau
yang menyokong saya untuk tinggalkan Pas.Begitu begitujuga dengan anak menantu
saya.Sya galakan mereka menjadi ahli Pas,bergiat aktif dalam Pas.




Beberapa minggu dopecat,saya didatangi oleh Salehuddin
Ayub yang kebetulan ada program dengan pemuda Baling.Dalam berbual itu,dia
nasihatkan saya agar membuat rayuan,saya berjanji  akan pertimbangkan dulu,kerana masa yang
diberi 60 hari.Mengikut hati seperti dah serik untuk berjuang bersama PasSikap
pemimpin Pas kawasan,negeri dan pusat dalam menangani isu Tabung Memali
ini,sungguh mengecewakan.Kadang-kadang susah untuk percaya,para pimpinan yang
bertaraf ulamak.Tok Guru,Ustaz boleh bersikap demekian.Sedangkan masing-masing
faham,apa yang sedang menjadi isu sekarang adalah harta anak yatim yang
diamanahkan kepada parti.


Benar,apa yang diucapkan Oleh UFN  (Ustaz Fadzil Nor)dalam majlis 29 Ogos
2000,bahawa sudah tidak ada lagi anak yatim.Mereka telah remaja,dah
besar.Paling mudapun berusia 16 tahun.Persoalannya bukan usia,tetapi duit
mereka yang masih ada,dibawa kemana.Bukankah harta anak yatim itu wajib
diserahkan kepada mereka setelah mereka cukup usia atau telah boleh menguruskan
sendiri.Haram diguna untuk apapun tanpa izin dari mereka.Sepatutnya apabila
sedar yang mereka ini telah cukup usia,terangkan pada mereka jumlah wang setiap
dari mereka.Jika ada baki.serahkan pada mereka,Jika habis dibelanjakan untuk
mereka selama ini.beritahu,mintak halal mungkin ada yang tersalah guna atau
tersalah urus.Ini mereka tidak pernah diberitahu berapa sebenar wang
mereka,tiba-tiba sahaja diberitahu habis.


Mustahil para alim ulamak dalam Pas lupa akan peringatan
Allah dalam ayat satu dan dua surah Al-ma`un.
Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?"#Orang
itu adalah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak-anak yatim' 107:1-2


Juga dibicarakan isu Tabung Mangsa Memali.Hak balu-balu
dan mangsa Memali.Contohnya tahun 1996 wang dari Tabung Mangsa Memali itu
sebanyak RM51,878.17.


Saban tahun wang Tabung Mangsa Memali ini sentiasa
bertambah,kerana setiap menjelang ramadhan,iklan Gamitan Memali akan disiar
oleh Harakah.Berpuluh ribu lagi akan masuk.Perbelanjaan sebenar untuk mangsa
dimusim raya tidak lebih dari RM15,000.00 setiap tahun,andainya setiap tahun
dari 1997 hingga 2000,Wang Tabung Mangsa Memali bertambah RM10,000.00 ,bermakna
pada tahun 2001,jumlah terkumpul wang Tabung Mangsa Memali hampir
RM100,000.00.Jumlah mangsa termasuk balu-balu lebih kurang 150 orang.Pada tahun
2001.dikatakan Tabung Mangsa Memli ini telah ditutup dan agihan untuk mangsa
setiap seorang RM200.00.


Kalaulah setiap orang dari 150 mangsa itu mendapat
RM200.00. maka keseluruhannya baru RM30,000.00.Masih berbaki lebih dari
RM50,000.00.Sepatutnya mengikut kiraan kasar setiap mangsa perlu diserahkan
sebanyak RM500.00 seorang ketika Tabung Mangsa Memali ditutup.Justeru,kemana
lebih RM50,000.00 wang mangsa dibawa pergi.Ini baru dihitung mengikut akaun
madrasah,sedangkan wang Tabung Mangsa Memali masih berada ditiga tempat lagi.Di
Harakah,Perhubungan Kedah dan juga pejabat Agong.Kalau dikumpul semuanya
mungkin setiap mangsa boleh dapat lebih dari seribu ringgit.Semua ini andaian
yang pernah dibincangkan oleh mangsa Memali.Andaian ini telah menjadi buah
mulut sesama mangsa khususnya dihujung tahun.


Masa itu bukan sahaja mereka perlu belanja untuk
persiapan raya tetapi untuk persiapan kemasukkan anak-anak kesekolah sempena
sesi pengajian tahun baru.Waktu ini juga pendapatan mereka menjunam,kerana
musim hujan.Biasanya setiap Ramadhan mereka dapat menoreh kurang dari sepuluh
hari.Tahun 2008,umpamanya hanya tiga hari sahaja dapat menoreh. Dalam suasana
begini apa lagi yang dapat mereka harapkan selain menoleh pada Tabung Mnagsa
Memali.Mereka membicarakan hak mereka
tidak  yang tidak pernah
dinyatakan secara jelas.Sepanjang lima belas tahun itu mereka tidak diberitahu
berapa wang Tabung Mangsa Memli yang ada.


Hanya yang mereka tahu setiap menyambut aidilfitri akan
dapatlah samada dua puluh ringgit,tiga puluh ringgit.empat puluh atau lima
puluh ringgit mengikut kategori masing-masing.Menjelang aidilfitri 2000,ada
beberapa mangsa yang tidak disenaraikan dalam menerima sumbangan. Beberapa
orang balu dan mangsa,protes tidak mahu mengambil sumbangan dari Tabung Mangsa
Memali,Kerana mereka mendapat maklumat wang anak yatim,sudah dicampurkan dalam
Tabung Mangsa Memali.Bimbang termakan wang anak yatim.mereka sanggup menolak
sumbangan hariraya.Sayapun waktu itu,ekonomi agak tenat kerana perniagaan
terjejas teruk.


Apa yang dapat saya buat,melainkan berdoa kepada Allah
agar membuka hati mana-mana korporat menghulurkan sumbangan.Pilu hati
saya,kerana mangsa-mangsa lain telahpun mendapat sumbangan dari Tabung Mnagsa
Memali dalam majlis di Madrasah Islahiah Diniah.Lebih dari tiga puluh orang
juga yang boikot sumbangan itu.Allah
Maha Kaya.Maha Pengasih,Maha Penyayang.Rintihan dari orang-orang
teraniaya didengarinya.



Mungkin dengan berkat kesabaran dan keikhlasan
mangsa-mangsa tersebut,maka datang wakil korporat minta saya beri sumbangan
pada orang-orang yang perlu.Mulanya saya ragu,kerana ada kaitan dengan pemimpin
umno.Setelah diberitahu wang itu dari sebuah yayasan dan teringat pula doa agar
Allah membuka hati seseorang untuk hulur sumbangan,maka saya terima.Lagi pula
syawal akan tiba dalam empat hari lagi.


Yusuf Husin tidak lagi fikir keadaan orang-orang ini,Dia
menggunakan kuasanya bukan untuk membantu,tetapi menyekat hak-hak yang patut
dapat sumbangan.Untuk apa dia mahu fikir pada orang susah,dia sendiri tidak
pernah susah.Didalam ramai mangsa Memali ini,hanya seorang sahaja yang disebut
hidup dalam keadaan senang lenang,tidak ada masalah kewangan,boleh pergi kemana
yang dikehendaki kerana dia ada duit,itulah keadaan Yusuf Husin.Satu-satunya
insan dari kalangan mangsa Memali berada dalam ketenangan.


Hidupnya sentiasa aman disebalik Bukit Aman dan dia cukup
Bebas bersama dengan PAS.


"Sebenarnya kamu tidak muliakan anak yatim,(malah
kamu menahan apa yang dia berhak menerimanya) Dan kamu tidak menggalakkan untuk
memberi makanan(yang berhak diterima oleh) orang meskin'' 89-17-18



Bersambung siri 27



Dapatkan siri sebelumnya Air Mata Di Bumi Memali




Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger