MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 3 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 3

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 3



Hujung  1992 secara
rasminya saya berhijrah dari kampong asal Kuala Nerang ke Kampong Memali.Yusuf
Husin memberi kuasa penuh pada saya untuk melakukan apa-apa yang saya fikirkan
perlu dalam pentadbiran dan kewangan Madrasah Islahiah Diniah.Niat asal saya
untuk membantu pelajar tidak dilupakan.Saya dapati hampir 30 pelajar peringkat
menengah yang tidak mahir membaca dan menulis rumi.Saya ambil masa sejam sehari
membimbing mereka.Dalam tempoh 3 bulan semua pelajar ini dapat membaca dan
menulis dengan baik.

Setelah itu saya ujudkan pula satu subjek khas untuk
peringkat menengah di namakanya Politik Tanah Air.Tujuan untuk mendedahkan
pelajar kepada isu-isu semasa tentang politik yang berlaku dalam Negara,agar
mereka celik politik.

Sedikit demi sedikit perubahan di lakukan dalam pentadbiran
serta kewangan,kurikulum dan Ko- kurikulum.Guru-guru yang ada, majoriti berpendidikan
pondok dan sekolah agama.Sukar bagi
mereka untuk menerima perubuhan seperti pendidikan jasmani dan
lukisan.Puas juga saya bersabar untuk menghadapi karenah ini.

Alhamdulillah ,akhirnya mereka dapat terima hingga acara
sukan seperti merentas  desa dapat
diadakan.Pemuda dan orang kampong turut beri kerjasama.Sebelum saya
datang,waktu pulang pelajar adalah jam 12.45 tengahari.Alasan dari Yusuf Husin
selaku setiausaha Madrasah Islahiah Diniah,kerana ada guru-guru di kalangan
suami isteri nak balik masak untuk makan tengahari.Juga pelajar pulang dengan
bas akan lewat sampai rumah jika pulang lebih dari jam 1.00 petang kerana jadual
bas tidak menentu.

Alasan ini saya tidak dapat terima.Tidak wajar sekolah agama
seperti Madrasah Islahiah Diniah tidak melatih pelajar untuk solat jemaah zohor
sebelum pulang.Akhirnya saya buat satu kertas kerja membentuk disiplin
pelajar.Waktu pulang pelajar ialah selepas solat zohor.Semua pelajar  dan guru di wajibkan solat  jemaah.Pelajar perempuan yang uzur tak boleh
pulang selagi tak selesai kawan-kawan solat.Pulang mesti bersama.Yusuf Husin
menyokong kuat keputusan ini. Bila dilaksanakan,dia sendiri tidak
mematuhinya,masih meneruskan kerja-kerja dipejabat Madrasah Islahiah
Diniah.Satu sikap yang kurang saya senangi kerana membelangkangi keputusan yang
di buat,tidak sepatutnya selaku ketua,menunjuk contoh yang tidak baik buat
orang bawah.

Peringkat awal banyak juga waris yang membantah,setelah di beri
penjelasan,akhirnya mereka setuju dan terdapat waris  yang datang awal untuk sama-sama solat
jemaah.Saya minta guru disiplin ketika itu,Cikgu Khotub Ibrahim berunding
dengan pihak bas menyusun jadual perjalanan yang sesuai dengan masa pulang
pelajar Madrasah Islahiah Diniah.Sementara guru-guru yang suami isteri bertugas
di Madrasah Islahiah Diniah boleh mengambil masakan di kantin bawa pulang,Tak
perlu masak di rumah untuk makan tengah hari.

Sepanjang tiga bulan berkhidmat,saya Cuma perhatikan sistem pengaliran
masuk dan keluar wang Madrasah Islahiah Diniah.Yuran pelajar banyak yang
tercicir,Saya faham rata-rata waris adalah orang miskin.Sumbangan orang
ramaipun tidak seberapa.Pendek kata kewangan Madrasah Islahiah Diniah amat
terhad.Rata-rata guru dibayar elaun dibawah dua ratus ringgit.Saya sendiri di
beri saguhati oleh Yusuf Husin hanya seratus lima puluh sahaja sebulan.Waktu
ini saya tidak lagi berkhidmat dengan Harakah sepenuh masa.Sekadar pemberita
sambilan.Ada berita adalah imbuhan.Memang sukar untuk saya mencari berita
kerana sibuk di Madrasah Islahiah Diniah.

Bagaimanapun saya masih sebagai Ajk DPPNK.Memegang Ketua
Unit Amal Kedah kemudian pengarah Pasti Kedah.Melalui jawatan peringkat negeri
dan juga ajk beberapa lujnah di peringkat pemuda pusat,banyaklah kenalan di
setiap negeri.Dalam usaha membantu pendapatan guru dan meringankan bebanan
waris,saya cadangkan penubuhan Koperasi Madrasah Islahiah Diniah(KOMID).setiap
kaki tangan  Madrasah Islahiah Diniah
melabur 100 ringgit seorang  yang
jumlahnya RM 2.200 dari 22 orang kakitangan Madrasah islahiah Diniah.

Projek
pertama adalah mengedar kicap,sos dan rempah jenama KOMID.
Sambutan dari masyarakat setempat dan waris cukup
menggalakkan.Semua kakitangan Madrasah Islahiah Diniah di wajibkan membeli
produk keluaran KOMID .Dalam masa beberapa bulan sahaja pendapatan menjangkau
lebih dari dua ribu ringgit.Setiap kali mesyuarat,saya akan meminta  komen dari ahli KOMID  tentang kualiti produk dari masa ke masa,semua
memberi komen yang baik kecuali Yusuf Husin.Alasanya tak sesuai dengan selera
keluarganya.

Komenya itu sungguh mendukacitakan saya.kerana dia merupakan
SU  Madrasah Islahiah Diniah yang
sepatutnya memberi semangat  kepada yang
lain dengan mengutamakan produk KOMID .Maklumat yang saya dapat selepas
itu,bahawa  Yusuf Husin sejak dari awal
datang ke Memali tidak pernah membeli barang-barang di kedai
kampong,keluarganya berbelanja di kedai bukan Melayu di kampong Lalang
hinggalah ke hari ini.

Sejak itu,saya perhatikan dia memang seperti tak berminat
dan kurang peduli dengan perkembangan KOMID.Akhirnya dengan usaha bersungguh
ahli khususnya ustaz Ishak,KOMID Berjaya membuka sebuah kedai runcit di hadapan
sekolah.

Melihat kepada sambutan baik,saya mula  menyusun program memperingati mangsa Memali
luar dari Kedah.Di Pulau Pinang,Kuala Lumpur,Selangor,Perak,Pahang,Terengganu,Melaka
dan Johor.Melalui program ini,kami perkenalkan produk KOMID di beberapa
tempat.Dalam tempoh tak sampai dua tahun,KOMID telah Berjaya mengumpul dana
lebih sepuluh ribu tidak termasuk aset dalam kedai runcit.Seterusnya saya
berhubung dengan pihak Koperasi Al- Hilal untuk mengedar produk KOMID.

Ramadhan
1994,saya telah memperkenalkan produk baru dari KOMID,iatu biskut durian.
Kohilal menjadi pengedar utama ,suatu hari ketika memuatkan
biskut ini kedalam lori,Yusuf Husin terkejut melihat kotak-kotak biskut yang
memenuhi lori hingga keparas bumbung kanvas.Dia bertanya kepada pemandu
lori,Shukri Harun yang pernah menjadi mangsa keganasan polis dalam peristiwa
Memali.Waktu itu dia masih remaja.sekarang menjadi pemandu lori Harakah milik
Tuan Hj.Najib Fahmi.Bila dia beritahu Yusuf Husin bahawa itu biskut durian yang
akan di hantar ke KOHILAL,saya dengar Yusuf Husin berkata,’Takkan macam ni
kot,banyak ni.Ana macam tak percaya”dia menjadi hairan kerana dia jarang datang
ke Madrasah Islahiah Diniah,banyak masanya di prhubungan negeri.

Di waktu yang sama,saya dapat merasai wang Madrasah Islahiah
Diniah di monopoli oleh bendahari.saya suarakan rasa kurang senang ini pada
Yusuf Husin .Hasilnya,dia menyerahkan tugas kewangan itu buat sementara kepada
saya.

Dari situlah saya mengetahui bahawa akaun Madrasah Islahiah Diniah di
pecahkan kepada dua,Satu untuk Madrasah Islahiah Diniah dan satu lagi untuk
tabung Mangsa Memali.Tabung Mangsa 
Memali ini pula terbahagi kepada beberapa
pecahan iatu,pertama untuk mangsa Memali.

Wang dari pecahan ini boleh digunakan
untuk semua kategori orang-orang yang pernah di tahan di lokap,penjara dan Kem  Kamunting(KEMTA) .Termasuk juga untuk keluarga
syuhada.Ianya juga digunakan untuk kos perbelanjaan kes perbicaraan tuntutan
saman oleh balu –balu terhadap kerajaan.

Pecahan kedua adalah untuk balu syuhada.Wang dari pecahan
ini boleh digunakan untuk  samada isteri
dan anak-anak syuhada.

Sementara pecahan ketiga adalah untuk anak-anak yatim.Dimana
wang ini di khususkan untuk kegunaan anak-anak yatim sahaja.

Pada peringkat awal saya dapati wang yang ada tidaklah
banyak,belasan ribu sahaja.Setelah beberapa siri program di luar Kedah,barulah
sumbangan dari orang ramai mencurah yang akhirnya wang untuk tabung Mangsa
Memali dan juga Madrasah Islahiah mencecah ratusan ribu ringgit.


0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger