MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 2 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 2

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 2



HIJRAH CURAH BAKTI-


Tahun 1990,saya bertugas sebagai wartawan Harakah cawangan
Kedah.Kerja yang tidak menentu masa
Kerja yang tidak menentu masa membuatkan saya lebih banyak tidur di
pejabat yang terletak pada tingkat 2 bangunan Pas Kedah Jalan Kota,Alor Setar
selang sebilik dengan pejabat Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah(DPPNK).

Setiausaha
DPPNK adalah saudara Aris Awang,masih bujang yang juga setiap malam tidur di pejabat.Kadang-kadang
hari raya pun dia tak pulang kerana sibuk dengan kerja-kerja DPPNK.

Seorang bekas graduan muda yang gigih serta komited dengan
Pas. Bersikap tegas dan lantang menegur tak kira siapa saja.Kami berdua amat
akrab kerana sepanjang hari bersama.Minum pagi di lorong belakang bangunan Pas
sudah menjadi rutin kami. Makan tengahari jarang bersama,kerana Aris suka makan
nasi bungkus di pejabat .Sikapnya memang tak suka membuang masa,saya pula
keluar cari bahan berita.Malam kami bertemu.

Selepas PRU 1990,Yusof Husin di arah bertugas sepenuh masa
dengan Jentera Pilihanraya Negeri(JPN).Yusuf Husin juga terpaksa tinggal dan
tidur dipejabat Perhubungan Pas Kedah.Maka antara saya,Aris dan Yusuf Husin  menjadi teman rapat tiga serangkai.Kami
bertiga sama-sama menjadi Exco DPPNK.Ketua DPPNK adalah Tuan Hj.Najib Fahmi
Hj.Yahya Junid dan timbalanya Ustaz Hasan Razak.

Sepanjang bersama dengan Yusuf Husin inilah saya lebih
mengenali perjuangan  As Syahid Ustaz
Ibrahim Libya.Hati saya tersentuh dengan kisah-kisah sedih  dalam peristiwa Memali.Selaku wartawan
Harakah,banyaklah masa  yang saya berikan
untuk turun ke Memali.Dengan itu hubungan saya dengan mangsa Memali makin
mesra.Terutama  keluarga para syuhada.

Renungan dan linangan air mata anak-anak yatim
Memali,memahat rasa cinta terhadap mereka yang akhirnya mereka ini saya anggap
sebagai anak-anak sendiri.Saya sudah bertekad,susah senang akan bersama mereka,
Perasaan bertambah hiba lagi bila melihat keadaan Madrasah Islahiah Diniah yang
seperti  tidak terurus.
Satu isu yang menyentuh jiwa saya apabila meneliti tulisan
lirik nasyid’Bumi Memali’oleh ketua
kumpulan nasyid.Tulisan adik Nasri bin Ramli itu bercampur aduk huruf
kecil dan besar serta turun naik bagai ular di palu.

Sebagai bekas guru saya rasa bersalah melihat keadaan
ini.Mungkin ramai lagi pelajar Madrasah Islahiah Diniah yang begitu.

Jiwa saya tertekan,akhirnya terpaksa memberitahu Yusuf Husin
hasrat untuk berkhidmat membantu pelajar di Madrasah Islahiah Diniah.Yusuf
Husin Bersetuju dengan syarat kena tinggal di Memali.Saya juga setuju untuk
tinggal di sana dengan syarat Yusuf Husin kena cari Isteri untuk saya.Secara
seloroh Yusuf Husin kata boleh kerana balu syuhada banyak.

Dia cadangkan seorang balu yang muda mempunyai  dua orang anak dari nama serta perangai pun
sama dengan isterinya,Rokiah
Februari 1992 saya berkahwin dengan balu kepada As syahid
Mohd Radzki@Zakaria bin Ahmad.Mempunyai 2 orang anak lelaki  yang berusia enam dan sepuluh tahun, Ketika
bertemu dengan saudara Kamal Koh dalam muktamar Pemuda Pusat di Taman Melewar
1992,dia mengucapkan taniah kepada saya.Mengikutnya kalau lambat saya meminang
dia bercadang hendak masuk meminang untuk jadikan Isteri kedua.

Ketua Dewan Muslimat Pusat dalam satu program DPPNK di
Pantai Merdeka,juga mengingatkan saya agar jaga baik-baik balu syuhada.Pada mulanya
Ustazah Jamilah yang saya panggil kak Lah.merungut juga bila saya
berpoligami.Tapi dia akur bila tahu saya kahwin  dengan balu syuhada.

Sejak berkahwin dengan balu itu,hubungan saya dengan Yusuf
Husin semakin erat.Kami sering pulang bersama ke Memali dari pejabat
perhubungan.Biasanya kami pulang lewat malam jam dua belas ke atas.Saya lebih
banyak menjadi pemandunya dan saya tak kisah kerana saya menyenanginya selaku
murid As Syahid Ibrahim Libya.

Sepanjang perjalanan pulang itu kami banyak berbual dan
berbincang tentang masa depan Madrasah Islahiah Diniah juga aktiviti DPPNK.Juga
pengalamanya bersama As Syahid Ibrahim Libya mengikutYusuf Husin  adalah,
kita tidak boleh berdiam diri,menutup mulut atau memejam
mata atas kemungkaran,maksiat dan kezaliman yang di lakukan semata-mata orang
itu pernah berbudi pada kita’

Red more MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 3



0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger