MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 24 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 24

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 24


Surat ini MS TERIMA
SEBAIK SAHAJA PULANG DARI MEKAH.SAYA DAPAT MAKLUMAT,MS  menangis apabila membaca surat dan megakui
akan kebenaran apa yang saya katakan padanya.Bagaimanapun saya bersyukur,kerana
MS lah satu-satunya pimpinan tertinggi Pas pusat yang menziarihi saya selepas
dibebaskan dari KEMTA.Walaupun dalam sekitar sepuluh minit,MS singgah tanpa minum.Hajatnya
ingin menziarahi juga memohon maaf dari saya.Sejak itu kami kembali berkawan
seperti dulu.

Saya juga hantar surat peribadi kepada UFN,agak panjang
lebar.Banyak kata-kata pedas yang saya tulis.Surat peribadi  saya ini adalah yang kedua dari saya untuk
UFN.Surat pertama,selepas saya pulang dari medan jihad di Bumi Afghanistan
hujung 1988.Waktu itu berlaku tangkapan ISA yang dikenali Operasi Kenari.Lebih
30 orang kawan-kawan saya dari Perak dan Kedah yang ditahan.Mereka ini dituduh
terlibat dengan kumpulan Mujahidin Kedah.Antaranya membakar bagunan Semarak
diperanginan Sik yang dalam rangkaan lawatan oleh PM,Tun Mahathir.Semasa
operasi tangkapan,saya berada di Afghanistan.Saya juga dikehendaki kerana
dikatakan antara pemimpin kumpulan tersebut.

Setelah beberapa bulan pulang dari Afghanistan,ada desas
desus yang menuduh saya SB.Ada orang buat cerita yang saya tidak pergi ke
Afghanistan,sebaliknya duduk dibukit Aman.sayalah yang memberi maklumat hingga
tertangkap kawan-kawan lain.Tuduhan ini juga meniti disetiap mulut pimpinan
Kedah samada diperhubungan atau dewan pemuda negeri.Saya hantar surat pada UFN
dengan harapan dia dapat meredakan kedaan.Yusuf Husin satu ketika pernah merunggut
pada saya,'hang hantaq surat  apa  kat Ustaz Fadzil ,Non?Dia kata hang hentam
teghuk sangat'.Alhamdulillah, lepas itu reda isu saya sebagai SB.Sehinggalah
diberi kepercayaan menjadi wartawan Harakah.

Antara kandungan surat kedua itu,selain menyentuh sikapnya
terhadap isu tabung Memali,saya pertikai juga arahanya meminta Harakah ambil
anaknya sebagai pekerja tanpa mengikut prosedur.Saya sebut,masih ramai
lagi,terutamanya remaja Memlai yang layak dan patut diutamakan.Khabarnya,UFN
cukup marah dengan surat itu,dia segera mengarahkan AJK disiplin bertindak
keatas saya.Atas tekanan ini,AJK disiplin tidak dapat melengahkan lagi.Saya
tidak pernah menerima surat tunjuk sebab.Tetapi Azmi Hj.Salim(Pak Njang Mi) dan
ramli Che Mid(Pak Lang Murah) ada menerimanya.Pada 20 Mei 2001 kami bertiga
dipanggil untuk bertemu dengan AJK disiplin.Kami di ingatkan  supaya membawa saksi atau apa bahan bukti yang
ada.

Selain membawa dokumen berkaitan,saya juga membawa tiga
orang balu,iatu Pn.Solehah Husin(Kak Ah),Pn Aishah Ahmad(Mak Lang) dan
Pn.Mariam Omar(Kak Pah).Pertemuan Itu diadakan dibilik mesyuarat bangunan JKR
10,kediaman rasmi MB Kelantan .Sebelum itu kami pergi kebangunan Pusat
Tarbiah(PUTIK) dekat Pengkalan Chepa.Mengikut arahan awal.pertemuan disana.Puas
juga mencari baru jumpa bangunannya.Sampai disana kami hairan kerana bangunan
itu sedang dalam pembinaan.Tak nampakpun apa-apa pejabat.Seperti tidak percaya
disitu tempat pertemuan apatah batang hidung seorang AJK didiplin pun tak
nampak,hanya ada beberapa orang pekerja.Bila ditanya mereka,barulah salah
seorang yang mungkin kepala kerja,memberi tahu kami yang tempat perjumpaan
dipindahkan ke JKR 10.

Pedih juga rasanya kerana tidak dibritahu awal.Terpaksalah
kami berpatah balik kekota Bharu.Jam dah hampir pukul  2. Perutpun mula meragam,lapar. Pertemuan itu
diadakan pada jam3:00 petang.Sampai di JKR 10,kami naik keruang tamu.Saya,Pak
Njang Mi dan Pak Lang Murah dipanggil masuk kebilik mesyuarat.kami diarahkan
duduk dihujung meja bujur panjang.Sementara dihujung meja sana sudah sedia ada
Ustaz idris Omar selaku Pengerusi AJK Disiplin,Ustaz Harun Taib Su Ajk
Disiplin,Ustaz Yahya Osman, dan Dato`Hisyamudin Yahya Ajk.Mungkin ada seorang
lagi,tapi saya tak ingat siapa.

Diatas meja penuh dengan pinggan serta cawan bekas
makan.Masih banyak lagi kuih-kuih yang belum disentuh.Betul-betul dihadapan
kami yang boleh dicapai bila-bila masa.Mungkin mereka baru selesai jamuan
agaknya.Dato'Hisyamudin sedang meneguk minuman.Tanpa buang masa Ustaz
idris  membuka majlis dengan  memberitahu tujuan kami dipanggil.Saya hairan
juga sebab tidak kelihatan Yusuf Husin,Ustaz Awang Lanai,Ustaz Abdullah
Shaari,Ustaz Md.Juki Ahmad dan Ustaz Hasan Saad. yang patut hadir mewakili
kawasan dan Madrasah Islahiah Diniah.Macamanpun dalam perjalanan tadi,bila
berbual tentang kehadiran wakil kawasan,kami telah agak mereka tidak akan datang.Telahan
kami itu memang benar apabila Ustaz Idris Omar menjelaskan wakil kawasan tidak
dapat datang  atas sebab-sebab
tertentu.setelah itu Ustaz Idris Omar serah agenda seterusnya pada Dato'
Hisyamudin.

Tanpa memberi salam,Dato'Hisyamudian(bekas peguam) menyebut
nama saya dan minta menjawab soalannya,Samada ya atau tidak'.Soalan
pertama,tentang laporan polis yang saya buat pada 27 July 2000.
Benarkah pada 27 Julay 2000 kamu ada membuat repot polis
berkaitan Tabung Mangsa Memali?


singkatan kepada huruf....MS=Mohamad Sabu  dan  UFN=Ustaz Fadzil Nor

Bersambung  ke
siri 25  dan siri sebelumnya disini                                                                                                               
                                         

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger