MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 13 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 13

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 13



Menuduh saya cuba keluarkan wang pelaburan dan bertembung
dengan Ustaz Salleh Ahmad,Ajk kawasan,juga fitnah besar Yusuf Husin terhadap
saya.Pejabat Harakah dan Kohilal berada dijalan Pahang  Barat,tidak jauh dengan Restoren Haslam(milik
pengarah filem Dato` Yusuf Haslam).setiap kali ke Kuala Lumpur,dua tempat ini
akan menjadi  persingahan saya.



Bertemu dengan rakan-rakan di Harakah dan
juga Kohilal.Sya rapat dengan Anis Sopian yang menguruskan kedai buku Nufair
Book Store milik Harakah.Saya hantar buku-buku saya di sana untuk jualan.
Di Kohilal saya bertemu dengan saudara Ali Maidin,saudara
Ismath,saudara Azmi atau kami panggil Badek,dan ramai lagi.

Di situ jugalah saya sering bertembung dengan
Mohd.Sabu,Cikgu Ishak Surin,Abu Bakar Rasyid,Rashidi Hasan dan kadang-kadang
Ustaz Hasan dan Haji Subky.Tidak timbulan persoalan saya bersusah payah’berusaha’
mengeluarkan wang.Cukup dengan mengisi borang dan serahkan pada Ali Maidin
sebagai bendahari Kohilal dan dia boleh mengarah keraninya,Rogayah menguruskan
segera pengeluaran wang itu.Tapi saya sedar ,itu wang siapa.

Bukan hak milik saya dan saya tak akan menganiayai
balu-balu.Saya faham,walaupun saya bukanlah murid kepada As Syahid Ustaz
Ibrahim Libya,tetapi saya akan bertemu juga dengannya  jika menzalami anak isterinya.

Walaupun saya bukan dari keluarga darah daginya,sebagai
saudara seIslam,saya masih mengharapkan syufaat darinya sebagai seorang syuhada
dengan menghormati ahli keluarganya.Memang saya sedih bila ada fitnah saya
peralatkan balu atau salahguna wang balu tanpa bukti yang jelas.

Benar,saya bertemu dengan Ustaz Salleh di kaki lima bangunan
Kohilal,sekadar bertegur sapa biasa saja.Selain Ustaz Salleh,juga Ustaz Osman
Abd.Hamid,kerani Mad.Nurul Hidayah,Kg Tembak Kuala Ketil,Baling,kini Ketua
pemuda Pas Kawasan Baling.Ustaz Osman beritahu saya yang dia datang untuk
berjumpa dengan Haji Yusuf Sulaiman atas urusan pelaburan dalam Syarikat
Kointrade.Saya tahu Kointrade ketika itu sedang bermasalah,bila-bila masa saja
boleh gulong tikar.




Bagaimana pun saya tak berani nak maklum bimbang saya
difitnah,cuba haling tujuan mereka.Mereka ini adalah antara orang rapat dengan
kawasan Baling.Waktu itu isu krisis saya dengan Yusuf Husin Agak
meruncing.Semasa di dalam tahanan KEMTA(Kem Tahanan Kamunting),saya dapat maklumat  Ustaz Md.Lutfi salah seorang tenaga pengajar
madrasah  itu,mereka labor RM 20,000.00
dalam Kointrade,dan mengalami kerugi.

Terpengaruh dengan laporan enam tuduhan berbentuk fitnah
itu,pihak kawasan bersetuju untuk ambil tindakan pada saya.Tetapi,mereka tidak
memberi apa-apa surat tunjuk sebab dan tidak menghantar wakil kawasan menemui
saya untuk berbincang dan sebagainya.Akhirnya pihak kawasan  telah menghantar satu laporan kepada Dato’Hisyamudin
Yahaya selaku Pengarah Urusan Harakah,maklumat salahlaku saya.Salinan dari
laporan itu di hantar pula pada semua pesuruhanjaya negeri dan wilayah.

Bersambung siri 14





Petikan dari sebuah blog



AKHBAR Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.

Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya. 

Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling. baca seterusnya disini

Red more Mohd Sabu Air Mata Di Bumi Memali-14

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger