MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 12 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 12

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 12



Kami Lembaga Pengarah tidak tahu apa-apa.mungkin
memudahkanya untuk berulang alik dari Baling lebih dekat  di Sungai Petani berbanding Alor Setar.Dia
juga mengambil pekerja tanpa rujuk kami.

DI sebalah kedai Kohilal,dia membuka
kedai sendiri atas syarikat Nadi.Oleh
kerana  ahli banyak merungut,fitnah
terhadapnya mula kedengaran,saya tak dapat diam diri lagi.Sebagai kawan untuk
selamatkan dia dari fitnah yang lebih besar,Saya dan Cikgu Md,Lazim terpaksa
membuat laporan kepada Kohilal Pusat.
Saya sedar,Al-Sanadi marahkan saya,tetapi matlamat saya untuk
menyelamatkan dia dan juga Kohilal dari fitnah berpanjangan.

Kohilal Pusat mengarahkan kami pindah semula ke Alor Setar
dan mereka menghantar pengurus baru,saudara Jam-jam Md. Jalil yang isterinya
orang Padang Serai Kedah.Sekarang dia membuka kilang air karbonat di Padang
Serai.Kami berpindah semula ke Alor Setar bertempat di Batu 2,jalan Langgar
berhampiran Komplek Yayasan Bakhori sekarang ini.

Seperti yang saya kata,wang pelaburan dalam Kohilal itu
adalah hak balu-balu.Apabila saya dan balu-balu sendiri curiga dengan Yusuf
Husin,bagaimana dengan mudah  saya nak
mengubah penama itu kepada orang-orang yang saya anggap tak amanah.Lalu saya
bertekad untuk mengubah kepada balu-balu sendiri.Bila Al-Sanadi bertemu saya
untuk bincangkan perkara tersebut,saya Tanya kepada siapa saya nak ubah nama
itu,sedangkan kepercayaan saya pada mereka tiada lagi.

Saya bertegas untuk mengubah kepada balu-balu.Al-Sanadi
cadangkan pada saya buat sementara ini,ubah saja penama itu kepada dia,selepas
itu dia akan uruskan.Saya beritahu yang dia tidak ada hak atas wang itu dan
satu hari akan berlaku fitnah terhadapnya seperti yang sedang saya alami.Sebagai
kawan ,saya terpaksa berterus terang.

Alhamdulillah,Al-Sanadi memahami dan kami kekal sebagai
kawan hingga hari ini.Saya bersyukur kerana dia sekarang sudah Berjaya dalam
perniagaannya dan Berjaya juga membina Maahad Tahfiz Di Kg.Lanai,Parit
Panjang.Anaknya Mohd.Farhan yang juga bekas pelajar saya di Madrasah Islahiah
Diniah dulu,pernah menjadi johan pertandingan tahfiz peringkat
kebangsaan.Mewakili Negara ke beberapa Negara Timur Tengah.Inilah rezekinya dan
anak-anak setelah sekian lama bersabar melalui berbagai cabaran.

Hasrat saya untuk memindah penama kepada balu-balu ini saya
maklumkan kepada Allahyarham Ustaz Hasan Syukri.Setelah mendengar maklumat dari
saya,Allahyarham cadang untuk  panggil
semua yang terlibat bersemuka.Entah bila tariknya,saya tidak ingat.Pertemuan
itu di adakan di dewan kecil Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

Turut bersama
Allahyarham Haji Subky Latif yang ketika itu Ajk Lembaga Pengarah Kohilal Pusat.Allahyarham
mulanya minta maaf kerana kekeliruan itu berpunca dari Kohilal Pusat.Dia
mencadangkan penama lama  di kekalkan dan
di tambah seorang lagi pelabur mewakili balu.

Saya menarik diri,bila nama saya di sebut dan saya cadang
nama anak As-Syahid Ibrahim Libya,Mohd,Islah.Pada 15 Sept 1999,seperti yang di setujui.Saya
pindahkan semua wang ittu kepada penama-penama yang berkenaan.Setiap penama RM
7,500.00.

Pemindahan penama ini  telah di uruskan
oleh Faris Tax & Management Consultant Sdan Bhd. Jalan Badlishah Alor
Setar.Sejak itu hingga hari ini,saya tidak tahu ke mana wang itu pergi.Cuma
difahamkan semua pelabur terpaksa menanggung rugi,kerana Kohilal  Edar Kedah telah ditutup kerana mengalami
kerugian.Bagaimanapun,Allahyarham Ustaz Hasan pernah berjanji untuk berbincang
dengan Kohilal Pusat mengganti semula wang pelaburan balu-balu
itu.Wallahuaklam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger