MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 11 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 11

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 11





FITNAH 3-Menubuhkan Tabung Balu syuhada dan menjalankan
kutipan untuk tabung berkenaan tanpa makluman dan kebenaran Madrasah Islahiah
dan Pas kawasan Baling.

Penjelasan –seingat saya,tidak pernah pun menubuhkan
tabung ini,selain dari menyimpan wang derma dari program di Melaka tempoh
hari.Jika Yusuf Husin ada maklumat sila sebutkan siapa jawatankuasa tabung itu.

Fitnah 4-Mengunakan balu-balu syuhada untuk kepentingan
syarikat COME.menyiarkan gambar dalam Harakah,3 orang balu sedang mengisi kopi
Habbatussauda sebagai pekerja COME.Menjaja barang jualan dan buku-buku tulisan
Cikgu Zainol untuk Madrasah Islahiah Diniah,sedangkan COME tidak pernah beri
sebarangan sumbangan pada Madrasah Islahiah Diniah.

Penjelasan-Telah di jelaskan sebelum ini apa yang
saya lakukan berhenti dengan Madrasah Islahian Diniah.Iatu menumpukan perniagaan
COME sebagai usaha membantu keluarga syuhada dan Hizbul Mujahidin Khasmir.Pn
Solehah,Pn Mariam dan Pn Aishah adalah tiga orang balu yang saya upah untuk
mengisi kopi Habbatussauda yang di tempah oleh syarikat BBI.Sebagai pemberita
sambilan Harakah.Saya rasa ini peluang untuk memberitahu khusunya ahli Pas
bahawa kopi edaran BBI itu hasil kerja balu.Bila mereka memberi sokongan bererti
peluang pekerjaan untuk balu akan berterusan.Salahkah saya mendapat sedikit
keuntungan  bersama balu-balu itu.

Tentang saya menjaja nama Madrasah Islahiah Diniah ketika
jualan,adalah satu pembohongan besar oleh Yusuf Husin.Tolong nyatakan pada sya
di mana dan bila saya berbuat begitu.Sejak saya berhenti dari Madrasah Islahiah
Diniah saya tidak pernah ambil kesempatan seperti yang di dakwa.Kalau ada orang
yang ingin memberi sumbangan pada Madrasah Islahiah Diniah atau Tabung mangsa
Memali,saya akan minta mereka serahkan sendiri melalui money order sambil saya memberi
alamat Madrasah Islahiah Diniah pada mereka.Kalau orang yang benar-benar
mengenali saya dan percaya dengan saya.saya ambil dan serahkan melalui Ustaz
Pak Teh  Md.Piah  untuk Madrasah Islahiah Diniah.setelah dapat
resit penerimaan saya pos kepada orang yang berkenaan.

Antara yang saya masih ingat adalah sumbangan dari
saudara Latif Exco pemuda pusat.Sekarang saya di fahamkan beliau telah menjadi
seorang professor.Begitu juga sumbangan kepada balu-balu lebih seribu ringgit
dari jemaah masjid Al-Falah ,Batu 3 Jalan Gambang,Kuantan.saya tidak serahkan
pada Madrasah Islahiah Diniah,tapi saya serahkan perhubungan Pas Kedah.Setelah
saya dapat resit dari saudara Razak Khamis,kerani Pejabat perhubungan,saya
kirimnya pada saudara Hj Ismail Mohamad atau Ayah Ngah yang menguruskan sumbangan
itu.Itulah yang saya masih ingat.

Fitnah 5-Mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil serta
kenduri pada 10 November 1998 tanpa makluman dan kebenaran Madrasah Islahiah
Diniah serta Pas Kawasan Baling.
Penjelasan-Majlis ini saya adakan di rumah As syahid
Ustaz Ibrahim Libya bersama keluarga syuhada,mangsa Memali dan penduduk
kampong,sepatutnya majlis ini di adakan pada 19 November 1998 sempena hari
peristiwa Memali yang ke 13.Ada cadangan supaya kami adakan majlis itu ikut
tarikh tahun hijrah peristiwa itu.maka ramai yang setuju.Untuk memeriahkan lagi
majlis.kami minta adik As syahid Ustaz Ibrahim Libya Ustaz Rusdi atau Pak Njang
Di menyampai sedikit motivasi.

Samada wajar atau tidak majlis tahlil untuk para syuhada
ini di jadikan isu oleh Yusuf Husin,anda pembaca fikirlah sendiri.Buatlah
penilaian tentang hati budinya yang kini bergelar Senator.Lainlah kalau Yusuf
Husin tergolong dari kalangan yang anti tahlil dan talkin.

Fitnah 6-Mengubah penama saham Kohilal sebanyak RM
30,000.00 yang di laburkan oleh Madrasah Islahiah Diniah atas nama Pengerusi dan
Bendahari Madrasah Islahiah Diniah kepada nama peribadinya tanpa kebenaran
Lembaga tadbir dan Pas kawasan Baling.Apabila pihak Madrasah Islahiah
mengarahkan al-Sanadi Mohd Bakhori,pengurus Kohilal Edar yang juga Pengerusi
PIBG ,Madrasah Islahiah Diniah menguruskan penukaran semula penama,Cikgu Zainol
enggan berbuat demikian.Baru-baru ini Cikgu Zainol telah berusaha mengeluarkan
wang tersebut dan bertembung dengan Ustaz Salleh Ahmad,Ajk Pas Kawasan Baling
di pejabat Kohilal Kuala Lumpur:

Penjelasan-Wang pelaburan ini sebenarnya bukanlah milik
Madrasah Islahiah Diniah tetapi milik balu-balu.Yusuf Husin  telah maklumkan pada balu-balu tujuan
pelaburan ini.Allahyarham Ustaz Hasan selaku pengerusi Kohilal waktu itu
menyarankan hal ini .Kohilal,katanya sedang mencari pelabur untuk tudung ubat
gigi.Cadangan  Ustaz Hasan ini saya
kemukakan pada Yusuf Husin dan dia turut bersetuju.keputusan mesyuarat Lembaga
Tadbir Madrasah Islahiah Diniah yang saya juga salah seorang jawatankuasanya pun
setuju.Lalu di amanah pada Pengerusi,Setiausaha dan Bendahari Lembaga  Tadbir sebagai penama setiap orang sepuluh
ribu ringgit.

Apabila Koilal membuka cawangan di negeri-negeri,pihak
kohilal sendiri mencadangkan supaya pelaburan wang balu-balu itu di pindahkan ke
dalam pelaburan Kohilal Edar Kedah .Dalam satu perjumpaan dengan
pelabur-pelabur Kedah,saya hadir sebagai
salah seorang jawatankuasa Kohilal Bahagian Utara Kedah.Apabila sampai
kepada agenda mengisi borang pelabur,timbul masalah pelaburan dari
balu-balu.Siapa yang nak turunkan tandatangan kerana tiga penama yang ada tidak
hadir.Saudara Hazrin Ismail yang mewakili Kohilal Pusat minta saya tandatangan
wakali bagi pihak balu.

Mulanya saya enggan,bimbang apa-apa akan terjadi,kerana dua minggu
lagi saya akan ke Pakistan.Langsung tak terfikir pada saya begitu mudah berlaku
perpindahan dari tiga penama kepada saya seorang,tanpa pengetahuan mereka yang
berkenaan.saya sedar perpindahan ini selepas hadir dalam mesyuarat agong Hilal
Kedah 1997.

Tahun itu juga saya dilantik sebagai salah seorang Ahli
Lembaga Pengarah Kohilal Edar Kedah mewakili Pelabur,bersama Cikgu Mat
Lazim(sekarang bertugas di Muasasah Darululum) mewakili ajk negeri dan juga
Haji Aziz Hasan wakil Kohilal pusat.Pengurus samasa itu adalah saudara Idrus
anak Kedah yang dibawa pulang dari Kohilal pusat.Pejabat dan kedai runcit Kedah
masa itu bertempat di jalan Sultanah Sambungan,Alor Setar.Untuk kali
ketiga,sekali lagi saya pergi ke Pakistan.

Bulan Mei 1998 saya pulang.saya pergi kepejabat Kohilal
dan terkejut pula kerana pejabat itu telah berpindah ke Sahab Perdana dan
pengurusnya pula orang baru,Al Sanadi,seorang yang sangat saya kenali kerana
dia pengerusi PIBG Madrasaha Islahiah Diniah,semasa saya masih berkhidmat
dengan Madrasah Islahiah Diniah dulu.Seorang yang gigih membantu mencari wang
untuk PIBG Madrasah Islahiah Diniah bersama SU PIBG,Cikgu Khotub.Anak-anak kami,sama-sama
belajar di Rosila,selepas tamat di Madrasah Islahiah Diniah.Kadang-kadang kami
pergi hantar dan ambil anak bersama.Kadang-kadang kalau dia tak pergi,anaknya
saya akan bawa pulang,begitulah sebaliknya.

Hubungan kami agak renggang selepas berlakunya salah
faham antara saya dan Yusuf Husin,tetapi masih boleh bertemu dan berbicang.saya
cuba dapatkan maklumat dari Cikgu Mad. Lazim kenapa berlaku perpindahan pejabat
dan pengurus baru.Katanya, sewa  di tempat
baru lebih murah dan pengurus lama Idrus berhenti untuk berniaga
sendiri.(sekarang buat produk minyak rambut kelapa dara di kampongnya dekat
Kulim).Di samping itu Cikgu Md.Lazim juga merungut tentang pengurus baru yang
agak agresif.Baik untuk perubahan,Cuma banyak kerja-kerja tak dirujuk.Paling
mengejutkan apabila dia membuat keputusan memindahkan pejabat dan kedai Kohilal
dari Alor Setar ke Sungai Petani.


0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger