MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 5 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 5

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 5



Seorang
kakitangan veteran Perhubungan Negeri,Hj,Ramli yang saya panggil’abang Li’
kadang-kadang’Ram;I Haji’ sangat suka bergurau dengan saya di hadapan Yusuf
Husin.Selalu dia berkata’Ha! Penghulu Memali maid ah.Pakcup (nama glamor Yusuf
Husin) tak dak apa dah.Habih balu boleh kat Cikgu Non(nama glamor saya).”Pada
kami.ini adalah gurauan semata-semata.Sebaliknya pada Yusuf Husin tidak.Dia
tidak dapat menerima nama saya kerap di sebut samada di M adrasah Islahiah
Diniah atau di Perhubungan Negeri,seolah-olah saya sudah menjadi ancaman
padanya.

Ketika Yusuf
Husin meletak jawatan sebagai Setiausaha Pas Kawasan Baling ,YDP Kawasan,Ustaz
Hj Wahab Hasan pernah bersuara untuk pelawa saya mengisi jawatan itu.Yusuf
Husin turut  ada dalam perbualan selepas
kuliah YDP di surau Madrasah Islahiah Diniah,segera membantah.Belum pun sempat
saya sebut apa-apa samada setuju atau tidak,dia telah membuat keputusan.Pada
saya memang sama sekali tak akan terima jawatan itu,kerana mahu tumpukan pada
Madrasah Islahiah Diniah.Lagi pun,dari dulu saya tidak pernah memegang jawatan
penting dalam parti lebih dari satu.

Sewaktu menjadi ketua
pemuda Pas kawasan Padang Terap,saya lepaskan jawatan ketua cawangan,setelah
saya dilantik  AjK DPPNK,saya lepaskan
pula jawatan itu kepada timbalan,saudara Ir,Munir Zakaria.saya hanya tumpukan
di DPPNK.Saya suka pilih jawatan yang lebih mencabar,mungkin tabiat saya suka
kepada hal-hal yang mencabar.Lagi pun pada saya,menerima jawatan yang  banyak itu seperti menipu diri sendiri.Tahu
tak mampu laksanakan tetapai nak juga tanggung risiko.Akibatnya parti menjadi
masalah kerana kerja terbengkalai.Biarlah tugas itu di agih-agihkan  pada yang lain.

Saya sedar
sekarang bahawa Yusuf Husin sedang berusaha untuk menyingkirkan saya secara
halus.Sejak dia kembali ke Madrasah Islahiah Diniah,apa pun pandangan saya
tidak di minta lagi,dia bebas buat apa saja
hingga timbul kurang senang waris dan guru.Cikgu Khotub yangboleh saya
katakan seorang guru cemerlang di Madrasah Islahiah Diniah melepaskan jawatan
untuk bertugas  di Yayasan
Khariah,Kupang. Dia merupakan tenaga penting PIBG .Berjaya mengendalikan kantin
PIBG  sehingga dapat mengumpul belasan
ribu ringgit.Yusuf Husin dalam komenya terhadap keputusan Cikgu Khotub,berkata
bahawa tindakan itu tidak bijak,mengejar wang lebih dan pentingkan diri dari
berkorban untuk perjuangan meneruskan cita-cita As  syahid Ustaz Ibrahim Libya.

Bibit-bibit
kebencian Yusuf Husin mulai ketara pada saya sehari selepas mesyuarat agong Pas
Kawasan Baling di dewan Madrasah Islahiah Diniah pada 20 April 1996.Dalam
membahaskan usul dari kawasan dan cawangan itu,Saya bertikam lidah denganya
yang mewakili kawasan.Dalam usul  dari cawangan
Kg.Pisang,berkaitan sagu hati wang kebajikan kepada ahli yang kematian waris,di
bahas secara panjang lebar.Pihak kawasan yang diwakili oleh Yusuf Husin bersetuju
diberikan wang  itu kepada waris di
kalangan ibu atau bapa ahli UMNO.Sedangkan cawangan tidak setuju.

Saya yang
mewakili Pas cawangan Kg.Memali mencelah menyokong pihak cawangan.Suasana
semakin panas bila pengerusi tidak dapat mengawal perbalahan antara saya dan
Yusuf Husin.Setelah undian berlaku,pihak saya menang.Begitu juga usul dari
kawasan yang mintak kerajaan tidak mewajibkan mata pelajaran bahasa Cina di
sekolah kebangsaan mulai tahun 2000.Alasan kukuh saya adalah Tuanguru Nik Aziz
pernah seru ahli PAS belajar bahasa tersebut atas kepentingan dakwah.Pihak saya
juga menang bila di adakan undian.Yusuf Husin rasa tercabar.

Semenjak Yusuf
Husin menjadi SU Kawasan Baling,boleh di katakan tidak ada ajk atau perwakilan
yang benar-benar berani mencanggah pandanganya.Kecuali dua orang Yusuf.Iatu
Md.Amin dari dewan pemuda kawasan dan Ustaz Yusuf Ambeng dari cawangan.Apabila
dia menerima tentangan dalam perbahasan dengan saya,dan kalah pula dalam setiap
undi,dirasakan seperti maruahnya tercabar.Begitu juga dalam DPPNK.Setiap kali
mesyuarat antara ajk yang sering bercanggah pandangan denganya adalah saya.Apa
yang di rasakan tidak sesuai,saya tetap menegur.

Selain
saya,saudara Aris Awang,Wan Romani,Ustaz Azizan Taib, Cikgu Md. Amin Taib,Basir
Ismail adalah orang-orang yang sering menegurnya dalam mesyuarat ketika Yusuf
Husin menjadi ketua DPPNK.Sehari selepas mesyuarat agong kawasan itu,dia
berkata pada saya'anta gamak buat kat ana macam tu no' tak sempat saya minta
maaf lagi,dia terus beredar dengan muka yang agak kecewa.

Sejak itu,Yusuf
Husin mula mencari kesalahan saya,walaupun kepada perkara yang
lepas.Contohnya,semasa berlangsungnya ijtimak PASTI,berlaku sedikit insiden di
asrama lelaki.Lantai asrama terbakar dalam beberapa inci sahaja.Tidaklah sampai
hangus,sekadar terbakar di permukaan lantai.Puncanya di katakan beberapa orang
pelajar dari kumpulan nasyid menghisap rokok,antaranya termasuklah ketua
kumpulan nasyid itu,anak saya.

Isu ini telah di perbesarkan
oleh Yusuf Husin.selepas mesyuarat Agong PAS Kawasan dia telah memanggil semua
22 orang kakitangan Madrasah Islahiah Diniah,guru-guru dan pekerja termasuk
saya.Tujuannya adalah untuk membincangkan isu disiplin ke atas anak saya.Dalam
mesyuarat khas itu selaku SU dan Penyelia Madrasah Islahiah Diniah,Yusuf Husin
telah memaksa semua guru bercakap atas tiga pilihan yang ditetapkannya.Saya
diminta mendengar sahaja,tidak di benarkan bercakap.Katanya,isu ini melibatkan
anak saya,jadi saya tak ada hak untuk bercakap.Tiga pilihan yang telah
ditetapkan itu adalah memaafkan,mengantung dan buang sekolah.

Cubalah bayangkan
bagaimana perasaan saya dalam menghadapi situasi ini.Begitu juga para
guru,sudah tentu mereka kekok untuk membuat kenyataan di hadapan saya.Pastinya
mereka tidak akan tergamak untuk memberi cadangan membuang anak saya.Kerana
terpaksa mengambil kira perasaan saya.Hampir semua guru minta di maafkan anak
saya kerana itu kesalahan pertama.Seorang dua sahaja yang bersetuju di gantung
belajar dalam tempoh satu atau dua minggu.Setelah semua guru memberi
pandangan,barulah saya di beri peluang bercakap.

Saya hanya
kata,'segala keputusan saya redha dan keputusan itu kelak biarlah adil jangan
teragak-agak semata-mata Loqman itu anak saya.Yang salah tetap bersalah.'Yusuf
Husin dalam ucapan terakhirnya berkata,tindakan ke atas anak saya
nanti,bukanlah keputusan dia seorang,tetapi keputusan semua kakitangan
sekolah.Tidak beberapa hari selepas itu,saya menerima surat yang di
tandatangani oleh Yusuf Husin selaku SU Madrasah Islahiah Diniah,bahawa anak
saya,Loqman di gantung belajar selama 6 bulan.

Satu keputusan
diluar jangkaan saya dan guru-guru. Ada ustazah yang menitis air mata dengan
keputusan itu.Bagi saya, inilah satu cara Yusuf Husin hendak menunjukan yang
dia berkuasa sedangkan mana-mana juga sekolah,dalam menghukum pelajar yang
bersalah,memadai dengan beberapa orang
guru disiplin sahaja.Bila Yusuf Husin menjemput semua kakitangan,tidak
lain hasratnya untuk memalukan saya,saya bersabar .Hanya memikirkan di mana
pula harus dihantar Loqman belajar sementara menunggu masa yang begitu panjang.
Kebetulan anak
sulong As Syahid Ustaz Ibrahim Libya,Mohd.Islah waktu itu sedang belajar di
pondok Pasir Tumbuh,Kelantan.saya serahkan anak saya untuk  tinggal belajar sementara dengannya di
situ.Pada April 1997 saya hantar dia dan adiknya Mohamad Al-Hafiz ke Maahad
Tahfiz di Mansoorah,Lahore,Pakistan.

Kebencian Yusuf
Husin terhadap saya sudah berada di tahap yang membimbangkan.Boleh tercetus
sesuatu yang buruk jika saya masih bersama Madrasah Islahiah Diniah.Untuk
menjaga maruah masing-masing,saya mengambil keputusan meninggalkan Madrasah
Islahiah Diniah dan juga bangkel jahitan Memali.Berhasrat meneruskan
pengajian di Pakistan.Saya mendapat maklumat di Manseera,ada seorang tuanguru
yang mahir berbahasa Melayu.Dia pernah beberapa tahun tinggal di Malaysia dan
berkawan  dengan Tuanguru Nik Aziz.Saya
sangat berminat untuk berguru denganya.

Hasrat saya dapat
di hidu oleh Yusuf Husin.Tanpa pengetahuan saya,dia berjanji dengan keluarga
isteri kedua saya yang pihaknya akan membiayai kos saraan mereka,RM 150.00
sepanjang ketiadaan saya.Bapa mertua dan isteri saya yang tak tahu apa-apa
secara jujur bersetuju saja.Bila saya tahu,rasa cukup marah dengan perangkap
Yusuf Husin ini.Dia sengaja nak menunjukkan keikhlasannya untuk memberitahu
orang kampong yang saya pergi belajar dengan di biayai oleh Madrasah Islahiah
Diniah.

Bila saya
meninggalkan Madrasah Islahiah Diniah hujung September 1996,sayasebutkan dalam
surat perletakkan itu yang saya tidak akan mengizinkan isteri menerima
sumbangan bulanan dari Madrasah Islahiah Diniah. Jadi,Yusuf Husin terpaksa membatalkan
niatnya,kos perjalanan saya ke Pakistan dan sumbangan bulanan buat keluarga
telahpun saya uruskan.Bila sampai di Lahore,Pakistan,saya dapat berita Taleban
telah menguasai Afghanistan .Hasrat untuk belajar di Manseera saya tangguh
sekejap.saya ke Afghanistan untuk tinjau keadaan disana.Tiga bulan disana, saya
kembali ke Lahore semula.sekali lagi saya menerima berita sedih,kerana tuan
guru yang saya nak berguru itu baru dua minggu meninggal dunia.Katanya,ia
meninggal di atas pangkuan murid setianya,Nik Adli anak Tuanguru Nik Aziz,14
Januari 1997,saya pulang semula ke tanah air,Tujuan saya adalah menerbitkan
buku isu terkini Afghanistan.Buku itu saya beri tajuk TALEBAN:Antara Jihad dan
Jahat.

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger