MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 6 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 6

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 6



Nota*KOMID=Koperasi
Madrasah Islahiah Diniah                                                                   
              
Bila pulang,berbagailah berita yang saya dengar,merupakan
fitnah terhadap saya.Antaranya saya larikan wang KOMID dan wang bangkel jahitan  Memali.Kononya saya pergi kepakistan itu di biayai sepenuhnya oleh
Madrasah Islahiah Diniah.Maka keputusan saya menghalang Yusuf Husin membiayai
keluarga itu adalah tindakan tepat.Jika tidak saya akan terperangkap dengan
jeratnya.Sangat menyedihkan saya apabila mendapat tahu Yusuf Husin telah
membubarkan KOMID.Empat bulan semasa saya berada di Pakistan,KOMID di bubarkan
dan setiap orang kakitangan mendapat lebih dari RM 400.00.

Sewaktu saya tinggalkan Madrasah Islahiah Diniah,wang di
bank bernilai tujuh belas ribu lebih.Sementara asset di dalam kedai runcit hamper
sepuluh ribu ringgit.Segala pengedaran produk KOMID seperti kicap dan sos di
pajak  pada salah seorang ustaz di
situ.Ustaz itu hanya membayar sekitar seratus lima puluh ringgit sebulan.Itulah
jumlahnya yang akan dibahagikan dengan dua puluh satu orang
kakitangan.Demikianlah bijaknya Yusuf Husin dalam melayan kakitangannya dan
runtuhlah istana kebajikan yang telah saya bina.

Segala tomohan Yusuf Husin itu,saya diamkan saja kerana
menumpukan perhatian menulis buku tentang Taleban di Afghanistan.Selepas buku
itu keluar pada Mei 1997,saya menumpukan pula pada perniagaan di tempat-tempat
ceramah Pas melalui syarikat Corak Memali Enterprise (COME).Perniagaan COME ini
bukanlah semata-mata untuk mengaut keuntungan peribadi,Niat saya adalah untuk
meneruskan cita-cita membantu keluarga syuhada.Rata-rata anak syuhada ketika
ini sudah remaja dan belajar di peringkat menengah.Juteru itu,perbelanjaan
untuk mereka sudah pasti besar,sedangkan ibu mereka di kalangan orang yang
tidak mampu.

Hanya seorang saja balu yang berkerja sebagai guru,iatu balu
kepada As syahid Cikgu Shafie,orang pertama gugur dalam tragedi  Memali itu.Enam orang menorah getah dan
lain-lainnya tak berkerja.Sebelum saya datang ke Memali,mereka ini hanya
mendapat bantuan bermusim,khususnya dihariraya.Bila saya menguruskan kewangan
Madrasah Islahiah Diniah,saya dapati wang mereka mencukupi untuk diberi
sumbangan bulanan sekitar seratus atau lebih sebulan.

Saya ajukan perkara ini kepada Yusuf Husin,Dia bersetuju,tetapi
utamakan kepada balu yang anak-anak mereka belajar di luar dari Memali,termasuk
luar negeri ,juga waktu-waktu kecemasan seperi kos rawatan dan sebagainya.

Saya tetapkan setiap balu
antara dua ratus ke tiga ratus ringgit sebulan.Jadi,kebajikan balu di
ambil berat melalui wang dalam tabung mereka.


Keadaan kembali berubah,apabila saya berhenti dari Madrasah
Islahiah Diniah.Kebajikan kepada balu tak di pedulikan lagi.Ada balu-balu yang
benar-benar perlukan wang menemui Yusuf Husin,tetapi dia cakap wang dalam
tabung sudah tidak ada.Kalau balu perlu dia boleh bagi dengan syarat kena bayar
balik,kerana dikira itu sebagai hutang.Dengan penuh hiba balu ini pulang.Alternatif
terakhir adalah mengadai barang kemas mereka.Ada dua kes balu yang barang kemas
mereka hampir tamat tempoh.


Alhamdulillah,sempat saya menebus kembali barang kemas mereka.Itulah
nasib yang menimpa Pn Siti Mariam dan Pn Robiah ,balu yang anak mereka  belajar di Pakistan.Mula marah juga  saya kerana mereka tidak maklum perlukan wang
hingga sanggup gadai barang kemas.Mengikut mereka,tidak mahu bebani saya kerana
pada mereka telah banyak saya bantu.Antara tahun 1996 hingga 2000 itu, masih
terdapat 22 orang anak syuhada yang belajar di beberapa negeri seperti Kelantan,Terengganu,Perak
dan Kedah.Ada juga yang menuntut di luar Negara.


Perbelanjaan mereka ini besar sedang wang dari tabung anak
yatim tidak disalurkan pada mereka lagi,Kerana telah bertekad untuk membantu
mereka,Saya dengan dibantu oleh Awang berkerja keras  mengumpul wang dari perniagaan kami COME *( Corak
Memali) kadang-kadang isteri saya merungut,kerana melihat saya seperti
mengutamakan anak-anak syuhada dari  anak
sendiriMemang saya pun tidak menafikan hal ini.Mungkin semangat jihad yang ada
pada saya yang sentiasa mahukan Syahid.Kalau pun saya tidak dapat syahid
lagi,peluang untuk saya berbakti pada anak-anak syuhada terbuka luas.Saya yakin
dengan janji Allah yang menjanjikan syurga kepada orang-orang yang membela
anak-anak yatim,apa lagi anak para syuhada.



0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger