MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 7 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 7

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 7



Awal tahun 1998,ketua Penerangan Pas Negeri Melaka,saudara
Jaafar menghubungi saya untuk mengadakan majlis meraikan keluarga syuhada.Saya
panjangkan hal ini pada Pak Teh Md.Piah seorang tenaga pengajar Madrasah
islahiah Diniah,supaya maklumkan hal ini kepada Yusuf Husin.Seminggu lepas itu
bila saya rujuk Pak Teh,dia beritahu Yusuf Husin tidak kata apa-apa pun,sekali
lagi saya dihubungi oleh saudara Jaafar dan saya mencadangkan dia menghubungi
terus Yusuf Husin.Katanya dia telahpun hubungi
Yusuf Husin,tetapi Yusuf Husin melayannya cara agak kasar.Seterusnya
saudara Jaafar minta saya saja uruskan.

Pada cuti sekolah hujung Februari
1998,saya membawa beberapa orang balu dan anak-anak mereka serta kumpulan
nyasid ke sana.Kami dilayan dengan penuh mesra dan di luar jangkaan.

Hasil dari program ceramah malam terakhir bersama  Mohamad Sabu,dapat di kumpulkan hampir sepuluh
ribu,Pengerusi majlis telah umumkan sumbangan itu untuk keluarga syuhada.Saya
serah semua wang itu kepada Pak Teh.Saya dan Pak Teh bertanya pada balu.adakah
wang itu mereka mahu di agihkan atau diserahkan kepada tabung mangsa Memali,mereka
tak yakin lagi dengan Yusuf Husin.Mereka mintak saya yang simpan untuk kegunaan
mereka kelak.Saya dan Pak Teh membuka akaun bersama di BIMB cawangan Baling.Buku
bank itu dipegang oleh Pak Teh.Segala keperluan balu dari wang itu,Pak Teh yang
menguruskan.

Kalau ada masalah,Pak Teh akan rujuk kepada saya.Setiap
bulan saya akan lihat buku catatan keluar masuk wang itu.Siapa balu yang  ambil dan berapa jumlah yang diambil serta
tujuan kegunaannya.Pak Teh menguruskanya dengan baik,sehinggalah ia meninggal
pada Mei 2001.Setelah itu buku bank itu saya serahkan pada kak Ah sebelum saya
di tahan bawah Akta ISA pada Ogos 2001.

Alhamdulillah,perniagaan COME (Corak Memali)mendapat sambutan baik,COME(Corak Memali)
mula mendapat tempahan produk,umpamanya Kopi Habatus Sauda yang kami bekalkan
untuk syarikat BBI.Dengan itu,dapatlah saya memberi  peluang kerja sambilan kepada tiga orang balu
Pn Solehah,Pn Mariam dan Pn Aishah untuk kerja pembungkusan.Balu-balu ini sudah
tidak berkerja di Bangkel jahitan Memali kerana ditutup oleh Yusuf Husin.
Sedih juga,kerana ramai lagi ibu tunggal selain balu yang
datang memohon kerja dari saya.Tetapi saya terpaksa menolak kerana kemampuan
yang terhad.Awal 1999,saya juga turut menjual bendera PAS sempena pilihanraya
umum yang hampir tiba.Beberapa negeri menempahnya.

Waktu ini,ramai balu dan ibu tunggal yang berpeluang
berkerja menjahit tepi kain bendera,Hampir 15 orang menjahit di rumah
masing-masing.Sementara beberapa orang balu bekerja sepenuh masa di rumah
saya.Mereka berpuashati,walaupun pendapatan antara seratus ke dua ratus
ringgit,saya bersyukur kepada Allah yang telah memudahkan segala urusan perniagaan
saya,boleh juga orang kampong menumpang cari rezeki.


Antara tahun 1996 hingga 1998,tiga kali saya ke
Pakistan.Kali pertama September 1996 dengan niat untuk belajar,kali kedua pula
pada April 1997 hantar anak saya Loqman dan adiknya belajar di sana.Selesai
menguruskan pengajian anak-anak,saya pergi pula pada April 1998 untuk
menghantar wang tiga puluh ribu kepada kumpulan Hizbul Mujahidin Khasmir.Wang
itu adalah hasil sumbangan para pembaca buku Tangisan  di Buku Khasmir.

Sejak terbit buku itu,perhatian saya bukan sahaja kepada keluarga
syuhada Memali,malah kepada pejuang Khasmir.Boleh kata tiap-tiap bulan ada saja
sumbangan untuk mereka,yang dikirim oleh pembaca.Disamping itu saya juga
menulis buku pengalaman Pak Teh Md Piah dalam peristiwa memali bertajuk’Perisai
Memali’ sebuah buku yang mendapat sambutan baik dari pembaca.



Nota* COME = Corak Memali



Red more MOHD SABU AIR MATA MEMALI-SIRI 8


0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger