MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 8 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 8

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 8



                                                                     
Juga edisi baru buku kisah As syahid Fauzi yang gugur di
bumi Afghanistan.Juga mendapat sambutan baik dari pemuda,terutama pemuda
PAS.Ini di antara sumber-sumder keuntungan yang sebahagiannya saya peruntukkan
untuk keluarga syuhada Memali serta Hizbul Mujahidin Khasmir.Saya sungguh
bersyukur,kerana dapat membuka ruang pada orang ramai untuk sama-sama melakukan
amal  mereka pada anak yatim,balu syuhada
serta mujahidin Khasmir.

Selain itu saya juga berusaha mencari keluarga angkat kepada
dua orang anak syuhada yang belajar di Rusila,Terengganu dan seorang di
Institute Berakan juga di Kuala Terengganu.Alhamdulullah,sahabat saya Cikgu Rosli,aktivis
pemuda Pas Terengganu  sanggup menagung
tugas.Sementara beberapa orang yang belajar di Perak,saya minta Ustaz   Sidiq Nor
uruskan mereka.Waktu ini Yusuf Husin langsung tak pedulikan perkembangan anak
syuhada.Dia tidak ambil tahu lagi dimana dan apa yang berlaku terhadap
anak-anak yatim ini.

Mengikut Mohamad
Islah selama tiga tahun belajar di Kelantan,langsung dia tidak terima
apa-apa sumbangan lagi dari Tabung Mangsa Memali.Bermula tahun 1997,hubungan
Yusuf Husin dengan keluarga syuhada mulai dingin,termasuk keluarga As syahid
Ustaz Ibrahim Libya.Yusuf Husin seperti membalas  dendam terhadap mereka,kerana balu-balu ini
menyebelahi saya dalam banyak pekara.

Dalam dia mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak
syuhada,secara diam-diam Yusuf Husin berusaha menghantar anak-anaknya belajar
di YIK Kelantan.Walaupun anaknya gagal dalam ujian kemasukkan,Yusuf Husin telah
menggunakan khidmat Ustaz ismail Noh, yang ketika itu ada pengaruh di
YIK.Sedangkan anak-anak syuhada dan lain-lain pelajar yang cemerlang berbanding
anaknya, tidak di uruskan ke YIK atau mana-mana sekolah terpilih.Apabila memberi
 ceramah dalam program ihtifal Madrasah
Islahiah Diniah atau membuat kenyataan dalam Harakah,Yusuf Husin sering menyebut
ramai pelajar Madrasah Islahiah yang belajar di YIK.Sedangkan hanya dua orang
anaknya sahaja.

Inilah pembohongan Yusuf Husin,yang semata-mata menagih
simpati orang ramai memberi derma pada Madrasah Islahiah Diniah.Pelajar-pelajar
lain,lepasan dari Madrasah Islahiah Diniah membawa arah masing-masing.Ikut
selera waris.Boleh dikatakan  waktu
ini,banyaklah air mata balu-balu yang mengalir
mengenangkan nasib mereka untuk menanggung kos pelajaran
anak-anak.Secara diam-diam ada juga yang berhutang,memajak atau menjual
tanah.Mereka sudah tidak ada pilihan,kerana tempat bergantung,tabung mangsa
Memali sudah tidak berfungsi.

Begitu juga bila Yusuf Husin buat keputusan untuk menutup bengkel
jahitan Memali,balu-balu merayu agar beberapa mesin jahit  yang ada diberikan pada mereka.Walaupun
terpaksa di beli,mereka sanggup membayar secara ansuran.Dengan adanya mesin itu
nanti,bolehlah mereka  mengambil upah
menjahit.Tetapi apakah hasrat dan hajat mereka ini di layan dengan mesra oleh
Yusuf Husin? Tidak.Dengan dendam kesumat,Yusuf Husin tidak beri pada
balu-balu,sebaliknya di jual pada orang yang tidak berkenaan di kampong dan
selebihnya di katakan  di jual kepada
HPA.Kak Ah,Isteri As syahid Ustaz Ibrahim Libya sebagai bendahari  bengkel  jahitan  Memali langsung tidak di maklumkan.

Hingga hari ini dia tidak tahu kemana wang hasil jualan
mesin jahit di bawa oleh Yusuf Husin.Khabar angin yang dia terima,hampir tiga
puluh ribu ringgit hasil jualan mesin itu.Yusuf Husin bukanya tidak tahu bahawa
modal projek bengkel jahitan Memali ini sebenarnya wang dari tabung mangsa
Memali yang di salurkan melalui Pas pusat sebanyak empat puluh ribu ringgit.

Di ujudkan bengkel ini atas cadangan Ketua Dewan Muslimat
Pas Pusat ketika itu,Ustazah Jamilah.Dengan tujuan memberi  peluang  kerja pada balu-balu.seharusnya wang jualan
mesin itu perlu di kembalikan kepada balu-balu.Itu hak mereka.

Maka ,berterusanlah balu-balu ini berendam air mata dengan
tindakan Yusuf Husin.Sudahkah mereka tidak dapat hak,malah mereka juga hilang
pekerjaan setelah bengkel itu ditutup pada hujung 1997.Tiga orang balu yang
berkerja di bengkel ini.Pn Solehah,Pn Mariam dan Pn Zainab amat memerlukan wang
kerana anak-anak mereka masih belajar.Paling kurang pun keperluan mereka ketika
itu lima ratus ringgit sebulan.

Red more MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 9

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger