MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 9 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 9

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI-SIRI 9




Di pukau atau terpukau

Sekembalinya saya dari Pakistan 1997,ada berita yang
mengatakan Yusuf Husin sedang merencanakan satu projek pembangunan semula
Madrasah Islahiah Diniah. Di mana seorang yang dikatakan korperat dari kuala
lumpur,berjanji untuk melaburkan beberapa juta untuk Madrasah islahiah
Diniah.Untuk peribadi Yusuf Husin juga akan diberinya satu
juta.Bagaimanapun,wangnya masih ada di Singapura dan dalam proses di bawa
masuk.Sementara menunggu proses tersebut,dia minta Yusuf Husin membiayai
beberapa kosnya seperti rumah,kereta dan keperluan harian.Tanpa memaklumkan hal
ini kepada Lembaga Tadbir Madrasah Islahiah Diniah,pimpinan kawasan dan
perhubungan negeri Yusuf Husin bersetuju atas keputusan sendiri.

Ia membeli sebuah kereta Mercedes model 230 bernilai lebih
dua puluh ribu.Menyewa sebuah rumah taman di Sungai Kob,Kulim serta
membeli  dua buah peti  wang besi yang bernilai lebih tiga ribu
ringgit.Peti besi ini akan di gunakan untuk menyimpan wang tunai yang akan di
bawa masuk dari Singapura kelak.Sbuah di katakana berada di rumah taman itu dan
sebuah lagi di rumah Yusuf Husin.

Berbulan juga isu   
ini di bualkan oleh orang kampong.masing-masing risau bila mendapat tahu
korporat tersebut bercadang untuk merobohkan bangunan asrama dan kantin untuk
dibuat baru.Mereka bimbang setelah diroboh nanti tidak diganti seperti yang
dijanjikan.Saya tak ingat,pada siapa
saya suarakan hal ini di peringkat negeri,samada alahyarham Ustaz
Suhaimi selaku Setiausaha Perhubungan atau saudara Sobri Awang yang bertugas di
JPN Pas Kedas.Akhirnya isu ini mula heboh di peringkat kawasan dan negeri.Bila
di persoalkan kenapa dia tidak membawa isu ini dalam mesyuarat
lembaga,alasannya takut ramai yang tak setuju dan peluang untuk Madrasah
Islahiah Diniah terbantut.

Oleh kerana isu ini sudah hangat di bincangkan,Yusuf Husin
rasa terancam,lalu mencipta satu helah.Dia memaklumkan kepada pihak negeri dan
kawasan yang dia seperti tidak sedar,seolah-olah di pukau .Dalam satu mesyuarat
agong cawangan Memali ,saya timbulakn isu ini dan dia  menjawab perkara yang sama,iatu di a di
pukau,tetapi dia terpukau kerana di janjikan akan diberikan padanya satu
juta,dia tidak menjawab apa-apa.

Memanglah dia akan diamlkan hal ini dari jawatankuasa
,kerana tidak mahu wang satu juta untuknya itu akan di bahaskan.Setelah  alasan dia dipukau tidak dapat diterima,malah
di ejek oleh banyak orang,Yusuf Husin membuat laporan polis yang dia
ditipu.Sebelum ini pun Yusuf Husin pernah mendapat pangilan talipon dari anak
Korporat itu,mengingatkan Yusuf Husin berhati-hati dengan bapanya,kerana sudah
sudah banyak  kes penipuan
berlaku.Anehnya,apabila korporat itu di tahan,kereta Mercedes juga ditahan
sebagai bahan bukti,rumah sewa dan kelengkapan termasuk sebuah peti besi di
sita, perbicaraan tidak tahu berlaku atau tidak.

Hanya Yusuf Husin member tahu yang koporat itu di penjarakan
dua tahun. Kereta Mercedes  yang dibeli
oleh Yusuif Husin itu pula di serah kembali kepada used car di Baling.Isu ini
masih  menjadi rahsia  dan berapa banyak wang  yang dihabiskan oleh Yusuf Husin kepada
korporat tersebut tak ada yang tahu.Samada wang itu kepunyaan Madrasah Islahiah
Diniah atau tabung mangsa Memali juga tak siapa tahu.Hanya Yusuf Husin dan
Allah sajalah yang tahu.Apa yang pasti,ketika itu wang yang masuk ke Madrasah
Islahiah  Diniah mencurah-curah .Waktu
itu juga lah Yusuf Husin di katakana berbelanja sakan.

Terhalangnya cita-cita besar Yusuf Husin dengan
korporat  yang di maksudkan
itu,membengkak lagi hatinya terhadap saya .Saya
dikatakan menjadi punca kerana mendedahkan rancangan  kepada pihak atasan  parti. 

Dari hari kehari Yusuf Husin mula
mengumpul maklumat palsu tentang saya dan perniagaan saya.Dicelah-celah
orang  lain menaruh simpati dan menyokong
usaha saya,namun pada Yusuf Husin sebaliknya.Hidup sentiasa resah,makan tidak
lalu,mandi tidak basah,tidur tak lena dan sembahayang tak khusyuk.
Dalam hati mereka terdapat penyakit(syak dan hasad dengki)
lalu Allah tambahkan lagi penyakit buat
mereka
.” 1:10

Agaknya dia tidak senang melihat iklan COME sentiasa
terpampang di dada akhbar Harakah.Berbagai produk baru di perkenalkan.Di mana
juga ijtimak atau muktamar negeri dan pusat,saya akan berada di sana
berniaga.Memang saya dan Awang,pembanttu saya berkerja keras,tak cukup
rehat,tidur dan makan.Bukan sahaja untuk mencari rezeki buat kami,juga untuk
anak-anak syuhada Memali dan juga mujahidin Khasmir.Apatah lagi,mulai Oktober
1997,anak sulung As syahid Ustaz Ibrahim Libya melanjutkan pelajaran ke Yamen,
setelah tamat pengajian di Pasir Tumbuh, Kelantan

Setelah mengumpul maklumat,Yusuf Husin yang juga SU Kawasan
Baling telah membentang satu laporan tentang salah laku saya dalam mesyuarat
kawasan pada 2 December 1998.Terdapat enam fitnah yang di kemukakan oleh yusuf
Husin.

Fitnah 1-Mempengaruhi balu-balu syuhada dan masyarakat
bahawa Madrasah Islahiah Diniah telah menyalahgunakan wang tabung mangsa Memali
untuk tujuan pentadbiran dan sebagainya.

Penjelasan-Berlaku kekeliruan disini tentang’mempengaruhi’.Seperti
yang saya jelaskan pada Yusuf Husin dalam surat saya 28 Januari 1999.Saya tidak
mempengaruhi,Cuma menerangkan kedudukan sebenar aliran wang  dari tabung mangsa Memali berdasarkan iklan
rayuan Perhubungan PAS Negeri Kedah dalam harakah setiap menjelang
hariraya,iklan itu memyebut,
‘ GAMITAN MEMALI KEMBALI LAGI:Pada 19 November 1997,genaplah
dua belas tahun berlakunya tragedy Memali yang meninggalkan kesan pada mereka
yang terlibat,secara langsung terutamanya balu-balu dan anak-anak
yatim.Perhubungan PAS Kedah merayu kepada muslimin muslimat agar dapat
menghulurkan sumbangan bantuan khas untuk hariraya,pendidikan dan perbicaraan
kes Memali yang masih belum selesai
.’




0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger