MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 18 | AIR MATA DIBUMI MEMALI
Home » » MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 18

MOHD SABU AIR MATA DI BUMI MEMALI -SIRI 18



…………………................YANG AMAN YANG BEBAS………………………
Saya yakin apa yang telah diceritakan kepada Mohamad Sabu
itu,di fahamnya sungguh-sungguh.Agar dia dapat buat sesuatu untuk menyelamatkan
anak-anak yatim dari putar belit Yusuf Husin.Namun dari masa ke semasa tak juga
ada khabar berita.Sementara itu,saya juga membuat laporang tentang salah laku
Yusuf Husin kepada Jawatankuasa disiplin.Waktu itu di pengerusikan oleh Haji
Hadi Awang,Presiden sekarang. Haji Hadi anggap ini masalah Kedah yang boleh di
selesaikan oleh Pesuruhanjaya Kedah,Allahyarham Ustaz Fadzil Nor(UFN).Lalu di
faxnya laporan itu kepejabat Pas Kedah.

Apabila SU Perhubungan mendapat salinan laporan itu,di katakan
dia(MB Kedah sekarang)mengamuk,marah pada saya.Apa lagi dengan Yusuf Husin.Dia
juga telah mengumpul beberapa lagi maklumat terbaru saya.Segala maklumat
itu  di buat laporan dan di hantar kepada
jawatankuasa disiplin.Pada tahun 2000,cawangan Pas Kampung Memali tidak mengadakan
mesyuarat tahunan untuk memilih perwakilan kemesyuarat Agong Pas Kawasan pada
15 April 2000.Oleh itu saya menggunakan peruntukkan dalam Perlembagaan Pas Bab
5,Fasal 19 Kurungan(2) mengadakan mesyuarat khas.

Dalam mesyurat khas itu,3 orang perwakilan di lantik ke
mesyurat agong kawasan iatu saya sendiri,Azmi Haji Salim dan Ramli Che
Mid.Malam itu juga saya mendapat maklumat bahawa perwakilan Kampung Memali
tidak akan dibenar masuk mesyuarat.Oleh itu,saya telah merangka satu kenyataan
untuk di edarkan pada semua perwakilan,jika kami dihalang menghadiri mesyuarat.

Sewaktu mendaftar,tidak ada apa-apa masalah,Setengah jam
sebelum bermula majlis,petugas daftar,saudara suhaimi dari  Pemuda kawasan menemui saya.Memaklumkan yang
dia diarah membatalkan pendaftaran cawangan Memali.Saya enggang menerima
kembali wang pendaftaran  dan minta
bertemu bendahari .Haji Nawawi selaku Bendahari Kawasan  datang memujuk saya agar akur dengan
arahan.Saya tidak puas hati dan ingin berjumpa dengan orang yang mengeluarkan
arahan itu.Dia tidak benarkan dan tidak mahu beritahu siapa membuat arahan.Tapi
saya tahu semua ini perancangan Yusuf Husin.

Waktu itu dia berada di dalam pejabat Pas kawasan.Ingatkan
tidak mahu buat kecoh,saya mengalah.Saya serahkan kenyataan yang dirangka
kepada seorang untuk diedar.Setelah pastikan kenyataan itu di edar,saya pulang
dengan penuh kecewa.Antara  kandungan
kenyataan tersebut,

Krisi s ahli-ahli Pas di Memali tiga tahun berlalu,terdapat
yang hampir setahun tidak berteguran.Tanda-tanda meredakannya tidak
nampak.Tahun ini,cawangan kami tidak mengadakan mesyuarat agong,kerana mahu
menyekat suara perwakilan ke mesyuarat agong kawasan,demi menjaga individu
tertentu.Tidak mahu terbongkar  apa yang
sebenarnya yang sedang berlaku di Memali.Masalah kewangan keluarga
syuhada,kewangan bengkel jahitan Memali dan punca krisis antara Yusuf Husin dan
Cikgu Zainol.Inilah satu kejayaan besar yang dilakukan oleh pemimpin Pas Baling
yang mejoritinya terdiri dari alim ulama yang bergelar tok guru dan ustaz-ustaz.Oleh
kerana perwakilan kami dihalang ke mesyuarat agong kali ini 15 April 2000,saya
anggap ruang menuntut keadilan melalui jemaah memang ditutup rapat.Perancangan
pihak tertentu yang saya tuju khas kepada
Yusuf Husin selaku                                                                              SU   Kawasan,berhasil.Memandangkan perancangan yang
begitu rapi menfitnah saya,maka saya terpaksa mencari jalan keluar sebagaimana
yang disarankan oleh Prof.Dr.Yusuf Qardawi dalam bukunya,’fatwa melalui isu
fitnah’.
Dalam muka surat 11 perenggan pertama,beliau menulis [‘‘Hak seorang
yang di tuduh dengan tuduhan melibatkan agama,maruah serta moral ialah
dibenarkan membela dirinya secara lisan,menulis disurat-surat khabar dan
berucap di radio dan televisyen,Terutamanya jika pandangan umum akan memberi  kesan yang cukup besar dalam kes tersebut
’’]
Memandangkan Pas kawasan pernah mencabar saya membawa kes ke
mahkamah,maka selepas 15 April  2000 ini
saya  terima cabaran tersebut.Akhirnya
sekali lagi saya memohon maaf pada anda,mungkin saya terpaksa membongkar
sesuatu yang tidak terduga oleh anda selama ini.Semua ini terpaksa kita hadapi
bersama-sama,semata –mata sikap pemimpin kita yang ingin menyelamatkan individu
tertentu tanpa menghiraukan risiko pada jemaah.Bagaimanapun,kita sama –sama berdoa
agar apa yang berlaku ini,ada manfaat untuk jemaah di masa-masa akan datang.”

Pada 19 April 2000 kami perwakilan Memali yang di halau ke
mesyuarat agong kawasan,menghantar surat bantahan pada setiausaha,Ustaz
Nasarudin Md.Isa.Selain dari cawangan kami dihalang,kami maklumkan  terdapat 31 cawangan yang tidak daftar turut
menjadi perwakilan dan beberapa cawangan darinya mengambil bahagian dalam
perbahasan.

Salinan surat ini dihantar juga kepada Pejabat Pendaftaran
Pertubuhan Negara.Hasil dari ini pejabat agong mengarahkan mesyuarat agong khas
di adakan pada 25 Mei 2000.

SU Perhubungan,Azizan Razak hadir mewakili Perhubungan
Negeri.Selain dari melantik perwakilan ke muktamar Pas pusat,ada juga usul yang
meminta saya dipecat dari keahlian.

Setelah berbahas ada perwakilan minta usul
itu dipinda,iatu dengan menambah Yusuf Husin juga perlu
dipecat.Akhirnya,keputusan di serah kepada pucuk pimpinan dan Yusuf Husin di
minta meninggalkan semua jawatannya dalam kawasan.

Di katakana dalam ucapan
penaguhan,Ustaz Azizan selaku SU Perhubungan
telah menegaskan pada perwakilan,jika kawasan tidak mahu khidmat Yusuf
Husin,maka dia akan membawa Yusuf Husin ke negeri.

Segala-galanya menjadi kenyataan apabila Yusuf Husin di
berikan tugas baru di negeri selain JPN.Satu jawatan baru yang tak pernah ujud
sebelum ini di peringkat negeri Kedah,atau juga lain-lain negeri telah di
ujudkan oleh negeri,iatu Pegawai Tugas-tugas Khas.Dengan jawatan itu Yusuf
Husin semakin besar kepala,dia kini menjadi anak mas di peringkat  negeri dan satu cabaran juga kepada Pas
kawasan Baling

Bersambung ke siri 19

Klik Sumber:

MEDIA SHAH ALAM

0 ulasan:

Catat Ulasan

adm

Popular Posts

 
Support : Pemilik Blog Ini | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. AIR MATA DIBUMI MEMALI - All Rights Reserved
Blog Ini Di Milik Oleh :Media Shah Alam Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger